suria

Ali XPDC sebak ingat kawan-kawan, kuat berdepan ujian hidup… “Rock-rock juga tapi solat jangan tinggal”

SENTIASA bersangka baik dengan Allah, vokalis kumpulan XPDC reda berdepan ujian kesihatan sejak tahun 2020 lagi.

Sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai, Ali atau Mohd Ali Ismail, 55, berkata walaupun minat dengan muzik rock, namun jangan sesekali meninggalkan solat.

"Bila kita muhasabah diri... kita akan bersangka baik dengan Allah, benda yang sudah jadi tetap jadi.

"Sama-samalah kita ingati Allah, rock-rock juga tapi solat jangan tinggal, insyaAllah Allah bersama kita.

"Saya rock tapi masih dalam landasan, walaupun rock yang penting jaga solat dan niat kena betul," katanya kepada mStar.

mStar bersama wakil daripada produk kecantikan Noir Health & Beauty iaitu Ahmad Rizqan telah mengadakan pertemuan dengan Ali bagi bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan mStar Baek kepada penyanyi itu.

Program mStar Baek tajaan Noir Health & Beauty bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi