suria

Cantiknya Nadia Brian bertudung.. “Saya memang ke arah itu”

PELAKON Nadia Brian memberitahu dia terkejut melihat penerimaan positif netizen terhadap dirinya apabila berkongsi foto mengayakan imej bertudung di media sosial.

Mengulas mengenai perkara itu, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashid, 32, berkata dia belum lagi membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya namun meminta peminat mendoakan agar dia kekal dengan penampilan itu satu hari nanti.

“Doakan baik-baik ke arah itu sebab memang saya pun memang nak arah itu tapi sekarang ini belum lagi sebab saya baru saja sign kontrak untuk drama terbaharu ni.

“Memang belum (pakai) sepenuhnya tapi doakan buat saya... terima kasih banyak kepada yang menyokong, saya pakai tudung ni bukan untuk buat orang ramai suka ke apa tapi langkah pertama ke arah kebaikan.

“Tak sangka ramai yang mesej dan terkejut melihat perubahan imej bertudung ni, saya hargai sangat setiap doa dan kata-kata yang diberikan kepada saya,” kata Nadia kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Nadia kini mula menyertai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) bagi membantu insan- insan yang memerlukan terutamanya rakyat Palestin yang sedang menderita.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi