suria

Bunga Isme sedar diri, lapang dada dianggap tak layak jadi penyanyi pembukaan konsert Coldplay

PENYANYI Bunga Isme tidak terasa hati apabila ada segelintir pihak tidak berpuas hati dengan pemilihannya sebagai artis pembukaan konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada 20 November ini.

Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jalaini, 23, sebaliknya mengambil setiap kata-kata negatif itu sebagai pembakar semangat dalam memberikan persembahan terbaik pada malam itu nanti.

"Saya faham kenapa ramai pertikai pemilihan saya, mungkin saya pun akan persoalkan perkara itu.

"Tapi saya jadikan perkara ini sebagai peluang dan rezeki untuk lebih dikenali ramai dan ambil semua kecaman itu sebagai perkara positif.

"Nak kecil hati itu taklah sebab saya faham kehadiran saya dalam industri pun masih baru, saya pun tak baca komen mereka,"katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi