suria

Terlalu ramah sampai orang rasa ‘annoying’, Jaa Suzuran takut dicop sombong... “Sekarang dah ada segan sikit”

PELAKON Jaa Suzuran mengakui ada pihak kurang senang dengan sikapnya yang dilihat terlalu mesra serta peramah apabila berada di tempat umum.

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, berkata ekoran sikap peramahnya itu menyebabkan dia tidak dipercayai wanita kerana dianggap seorang yang tidfak serius dalam perhubungan.

“Ada yang cakap saya annoying maklum la kadang-kadang saya kan jumpa orang dan sikap peramah dan bila tak kena dengan mood dia jadi akan rasa saya ni annoying.

“Tapi saya akui memang annoying pun tapi bila fikir balik nak masuk usia 30 tahun ni jadi mungkin makin matang maka ada rasa malu-malu sikit.

“Nak kata saya cuba try hard sangat wanita tu tak ada sangat mungkin belakang-belakang tak sedar kot ada la, setakat berkawan tiga orang tu ada la, mungkin dia tersalah anggap dengan saya punya karekter peramah ni,” kata Jaa kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi