suria

Sudah 6 bulan tiada ‘job’ berlakon, Mak Wan meniaga kecil-kecilan teruskan hidup - “Allah dengar rintihan dalam setiap solat”

SABAR menerima dugaan daripada Allah SWT, pelakon veteran Mak Wan Latah reda apabila masyarakat masih memandang negatif terhadap dia susulan pernah terpalit beberapa kontroversi sebelum ini.

Tidak hanya itu, Mak Wan atau Halimatussa'diah Mohd Daud, 62, berkata, sudah lebih enam bulan dia tidak mempunyai sebarang tawaran lakonan sehingga terpaksa membuka perniagaan kecil-kecilan bagi meneruskan kehidupan.

"Memang tiada tawaran berlakon, sudah enam bulan saya tiada pekerjaan... Ada syarikat produksi nak ambil berlakon tapi tak jadi sebab bagi pada orang lain, tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya.

"Kalau dapat job satu episod pun, bolehlah saya buat bayar semua komitmen, sekarang saya cuma berniaga kecil-kecilan," katanya ketika ditemui mStar.

Dalam pada itu, Mak Wan yang kini tinggal bersendirian memberitahu dia juga menderita masalah semput selain menghidap penyakit diabetes dan perlu mengambil pelbagai ubat-ubatan bagi mengawal kadar gula dalam darah.

mStar bersama wakil produk kecantikan Noir Health & Beauty telah mengadakan pertemuan dengan Mak Wan bagi bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan mStar Baek kepada pelakon itu.

Program mStar Baek tajaan Noir Health & Beauty bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi