suria

Margaret Gan tiada rahsia kekal sihat di usia 80 tahun, jaga makan dan buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun

PELAKON veteran Margaret Gan meluahkan rasa syukur masih dikurniakan kesihatan yang baik meskipun usianya sudah mencecah 80 tahun.

Margaret atau Gan Ee Kek bagaimanapun berkata, dia tetap akan melakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun di klinik kesihatan bagi mengesan sebarang masalah yang tidak disedari.

"Tiap-tiap tahu memang saya pergi buat pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan kerajaan, Alhamdulillah masih okay dan apa-apa nasihat doktor bagi saya ikut sahaja.

"Selebihnya saya tiada sebarang rahsia kekal sihat tapi menjaga pemakanan selain banyak minum air putih," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Margaret juga bersyukur kerana kedua-dua belah matanya juga masih berfungsi dengan baik malah tidak menggunakan cermin mata.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi