suria

Pelakon veteran pun perlu cari makan, Mat Over minta produksi jangan bagi ‘job’ pada kroni sahaja

PELAKON dan pelawak veteran Mat Over berpendapat pihak produksi tidak sepatutnya menggunakan pelakon yang sama sahaja dalam filem atau drama.

Malah Mat atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin, 71, berkata, rezeki yang ada perlu dibahagikan kerana pelakon veteran lain kerana mereka sudah tiada tempat untuk meraih pendapatan bagi menyara hidup.

“Saya minta jasa baik mereka (pihak produksi) masa artis veteran ini masih hidup bagi peranan pada kami kerana kami perlukan pekerjaan.

“Artis kalau tiada penggambaran dia nak makan apa, jadi kembangkanlah watak-watak dalam karya itu.

“Maksud saya jangan beri pada seorang artis sahaja jangan pakai kroni bagi pada semua supaya adil dan saksama, jadi tidaklah artis lama goyang kaki di rumah.

“Kami pun memang cari makan dalam dunia seni, nama ada tapi panggilan tidak ada,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi