suria

Boss Susu tegur founder guna ‘bad marketing’, bimbang anak muda terpengaruh... “Jangan sampai generasi kita rosak”

USAHAWAN Azmi Zainal menegur sikap segelintir founder yang suka menghasilkan content negatif di media sosial semata-mata untuk meraih populariti bagi melariskan jualan produk mereka.

Tidak bersetuju dengan idea 'bad marketing is a good marketing', Azmi atau lebih mesra disapa Boss Susu, 57, berkata, usahawan sepatutnya menjadi teladan buat generasi muda dan bukan mendorong mereka ke arah keburukan.

"Saya tak tahu produk orang lain tapi bagi produk saya diminum oleh kanak-kanak, mereka nak tengok orang yang ada kreadibiliti baru mereka percaya untuk jadikan contoh.

"Tapi mungkin untuk produk kosmetik ada pelbagai cara untuk viral seperti cakap bukan-bukan, ketawa terkekek-kekek itu cara mereka.

"Tapi sebagai teguran, kurang-kurangkanlah benda-benda macam itu... zaman saya dulu tidak ada bad marketing is a good marketing," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi