suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersalin selang setahun punca Eka Sharif hilang, tolak publisiti murahan lonjak kembali nama

PENYANYI Eka Sharif menjelaskan kehilangannya daripada radar dunia seni sejak tiga tahun lalu kerana memberi fokus kepada keluarga dan dua anaknya.

Eka atau Nur Atiqah Shariffuddin, 35, berkata, penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan juga membuatkan dia mengambil keputusan memperlahankan karier.

"Saya kahwin ketika negara dalam suasana pandemik dan kemudiannya bunting pelamin, jadi memang sepenuh masa jaga suami dan anak.

"Pada awalnya memang nak lancarkan single baru tetapi perancangan itu terhenti sebab saya hamil pula anak kedua.

"Dalam tempoh tiga tahun itu saya banyak duduk di rumah jaga anak sepenuh masa dan sekarang sudah tiba masanya saya kembali merancakkan karier seni," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Eka yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia 9 (AF9) berkata, status sebagai isteri dan ibu tidak menghalangnya untuk cuba melonjakkan kembali namanya dalam arena muzik tempatan.

Malah dia juga tidak terfikir menggunakan publisiti murahan demi memperkenalkan kembali namanya dalam kalangan penggemar muzik tempatan.

Untuk rekod, Eka dan suami iaitu Nazrulnaim Abdul Jabar berkahwin pada 19 Julai 2020.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi