suria

Sepatutnya sertai konvoi sama, Zahiril Adzim kongsi keadaan terkini Beto selepas terlibat kemalangan

PELAKON Zahiril Adzim bersyukur apabila rakan baiknya iaitu Beto Kusyairy berada dalam keadaan baik selepas terlibat dalam kemalangan semasa menyertai konvoi motosikal pada 13 November lalu.

Kata Zahiril atau Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 39, dia ada membuat panggilan video bersama Beto dan keadaan aktor itu baik-baik sahaja.

“Saya sempat buat panggilan video bersama Beto... Alhamdulillah selepas melakukan pemeriksaan x-ray, keadaannya okay.

“Cuma sama-sama kita doakan seorang lagi peserta yang mengalami kecederaan dan perlu menjalani pembedahan.

“Kemalangan itu berpunca apabila sekumpulan pembonceng motosikal lain bertembung dengan kumpulan konvoi yang disertai Beto,” katanya kepada mStar.

Zahiril juga memaklumkan dia sepatutnya terlibat sekali dalam konvoi berkenaan namun tidak dapat sertai kerana bertindih dengan jadual penggambarannya.

Dalam perkembangan lain, Zahiril merupakan salah seorang pelakon bersama Nabila Huda, Pablo Amirul dan Datuk Aaron Aziz dalam filem Budak Flat yang mula ditayangkan pada 16 November 2023 di platform penstriman Prime.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi