suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan kacang lupakan kulit, Syamel ada sebab ‘hijrah’ selepas 8 tahun

PENYANYI Syamel menyangkal dakwaan wujud masalah di antara dia dan Rocketfuel Entertainment sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan meninggalkan syarikat rakaman tersebut.

Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 30, memberitahu tiada sebarang isu sepanjang lapan tahun dia bernaung di bawah label berkenaan sebaliknya berpindah ke Warner Music Malaysia kerana ingin mencuba sesuatu baharu dalam karier seninya.

“Saya bersama Rocketfuel untuk jangka masa agak lama sebenarnya jadi saya ambil keputusan untuk beralih ke label muzik baru bagi mendapatkan idea dan perjalanan baru dalam karier.

“Tiada masalah apa-apa... Penghijrahan ini juga sebab saya mahu cabar diri tempuh fasa baru dalam karier saya.

“Sepanjang bersama Rocketfuel dulu mereka beri kerjasama yang baik, dakwaan itu sama sekali tidak benar,” katanya kepada mStar.

Syamel mengambil keputusan meninggalkan label berkenaan pada Julai lalu dan baharu sahaja melancarkan single terbaharuny, Belakang Tabir bersama Warner Music Malaysia.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi