suria

“Mulut tak henti doa, selawat” - Bekas penyampai radio Yop Aziz sebak cerita pengalaman hukuman sebat

PERIT dan insaf ketika menjalani hukuman di penjara, bekas penyampai radio Perak FM iaitu Yop Aziz sebak ketika bercerita pengalaman menerima hukuman sebat sebanyak enam kali.

Cerita Aziz atau Abdul Aziz Mohamed Desa, 53, enam sebatan yang diterima itu merupakan satu hukuman yang cukup menyeksakan.

“Ketika itu (disebat kali pertama) yang saya dapat bayangkan macam sebatang kayu balak menghempap ke belakang saya.

“Bila kedua dan ketiga itu sudah mula rasa kesakitannya sehingga enam sebatan.

“Apa yang nak saya kongsikan kesan daripada rotan itu bergantung pada individu tapi boleh saya nyatakan kesan satu sebatan itu lekuknya itu boleh letak sebatang rokok,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Aziz bebas daripada hukuman penjara sejak 4 September lalu dan kini sedang bekerja sebagai penyampai radio Cayor FM yang diusahakan sendiri bersama rakan baiknya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi