suria

Duit syiling siam bertaburan, gerai hilang daripada pandangan... Cat dan Shikin dedah terkena sihir, terpaksa tutup perniagaan jual pisang

PENYANYI Cat Farish dan isteri mengambil keputusan menutup perniagaan Pisang Cekopis yang diusahakan buat sementara waktu susulan mengalami gangguan sihir.

Cat atau Farish Ramli, 49, berkata, akibat perbuatan syirik itu mereka terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM20,000 susulan mengalami pelbagai perkara misteri termasuk gangguan pada kesihatan mereka.

Malah dedah Cat, isterinya Shikin Maembong paling terjejas apabila mengalami masalah asma yang teruk setiap kali menyertai mana-mana karnival jualan.

Ini tidak termasuk pelanggan tidak berjumpa gerai mereka selain staf yang diupah turut mengalami gangguan serta kesihatan terganggu.

"Bila kena tu tak boleh nak cakap sebab perkara ini sudah berlarutan lama.

"Kami terkena sihir sampai pisang yang dibeli sebanyak 500 kilogram hanya terjual sekitar 70 kilogram sahaja... Perkara itu membuatkan kami mengalami kerugian besar.

"Itu belum orang tak nampak kedai kami, nampak duit syiling berterabur sampai kesannya kami tak untung," katanya kepada mStar.

Reda dengan ujian tersebut, Cat dan Shikin bagaimanapun belum berputus asa sebaliknya mahu memfokuskan perniagaan dengan mengambil tempahan dari rumah.

"Buat masa ini kami nak rehat sekejap daripada meniaga dekat festival jualan dan fokus buat dekat rumah pula," katanya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi