FESTIVAL muzik rentas budaya, Latihan Pestapora Malaysia 2026 mengumumkan lima lagi nama artis yang bakal memeriahkan acara itu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 15 Ogos depan.Barisan terbaharu itu menampilkan kumpulan ska popular Indonesia Tipe-X dan Last Child selain dari Malaysia iaitu Ruffedge, Lah Ahmad serta DJ Disko Santan & Friends. Pengumuman berkenaan melengkapkan senarai artis Malaysia dan Indonesia yang bakal menjayakan festival anjuran Hitman Solutions dan Boss Creator itu.Anggota Last Child bakal muncul kali pertama di Malaysia.Menariknya, Last Child bakal membuat penampilan sulung di Malaysia, manakala Tipe-X dijangka menghangatkan pentas dengan irama ska yang menjadi kegemaran peminat sejak lebih dua dekad.Sementara Ruffedge dan Lah Ahmad pula bakal mengimbau nostalgia menerusi deretan lagu hit yang pernah mewarnai industri muzik tempatan.Sebelum ini, penganjur mengumumkan penyertaan Tulus, Bernadya, Mahalini, Juicy Luicy, Romantic Echoes, Maliq & D’Essentials, Nadhif Basalamah dan Rhoma Irama Soneta dari Indonesia.ARTIKEL BERKAITAN: Fasiliti lebih baik, penganjur Latihan Pestapora janji pengalaman luar biasa... Gabungan artis terkenal Malaysia dan Indonesia ARTIKEL BERKAITAN: Sheila On 7 beraksi di ‘Latihan Pestapora’, tampil persembahan 90 minit buat peminat di MalaysiaManakala dari Malaysia akan ada Masdo, Insomniacks, Aisha Retno, Aziz Harun, Gerhana Skacinta dan FUGO.Festival selama 12 jam itu turut menjanjikan persembahan kolaboratif istimewa membabitkan Rhoma Irama Soneta bersama Maliq & D’Essentials, Masdo bersama Gerhana Skacinta serta Nadhif Basalamah, Aziz Harun dan Aisha Retno.Selain persembahan muzik, pengunjung akan menerima sebotol air mineral percuma ketika memasuki festival, menikmati kemudahan stesen isi semula air serta pelbagai pilihan makanan dan minuman yang disediakan sepanjang acara.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!