suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Dia ni boleh buat aksi saja" - Nas-T enggan terus dilabel pelakon steretaip, mahu jadi hero cinta

Nas-T tidak hanya fokus kepada drama atau filem aksi sahaja.

TIDAK mahu dirinya distereotaip sebagai aktor aksi semata-mata, pelakon Nas-T terbuka untuk menerima tawaran drama berunsur romantik demi membuktikan keupayaannya sebagai seorang yang versatil.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin, 42, berkata dia sedia mencabar kemampuan diri untuk membawa watak percintaan sekiranya diberikan peluang.

“Sebagai pelakon, saya mahu jadi seorang pelakon yang versatil, jadi saya tidak menolak mana-mana rezeki. Kalau selepas ini dapat buat cerita romantik, saya terima sebab mahu cabar diri.

Nas-T mahu fleksibel dalam lakonannya. 

“Saya tidak mahu orang stereotaip cakap, 'dia ini boleh buat aksi sahaja. Muka tak sesuai buat cerita percintaan’. Saya mahu cuba dan lihat sejauh mana kemampuan serta lakonan saya,” katanya kepada mStar

Mengulas lanjut, Nas-T menganggap perubahan persepsi penonton dan penerbit terhadap kebolehan lakonannya merupakan satu cabaran buatnya untuk terus meneroka diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi kahwin Jun, Tiz Zaqyah dan teman lelaki cari tarikh sesuai nikah hujung tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Drama bersiri ‘Keluang Man‘ bakal tayang Astro tahun depan

“Sebelum saya banyak buat naskhah aksi, stereotaip orang terhadap saya adalah sebagai pelakon jahat. Sejak kebelakangan ini pula, projek saya banyak filem aksi, jadi cabaran saya selepas ini adalah untuk pecahkan stereotaip itu pula.

“Bagi saya tidak kisah watak apa sekalipun, sama ada antagonis atau lain-lain, janji ada konsep perhubungan seperti mempunyai kekasih atau isteri. Dulu masa muda pun saya pernah sahaja buat drama konsep sedemikian,” ujarnya.

Nas-T akui kurang mendapat tawaran mengenai drama cinta. 

Bercerita mengenai tawaran, Nas-T secara jujur mengakui sudah agak lama tidak menerima tawaran naskhah berunsur percintaan sejak membuat kemunculan dalam bidang perfileman.

“Tawaran ke arah drama begitu belum ada lagi. Boleh dikatakan agak lama juga sejak saya buat kemunculan dalam filem. Saya rasa orang memang dah mula label saya sebagai pelakon filem.

“Tetapi kalau saya dapat projek lain yang bukan aksi dan rasa sesuai, kenapa tidak kan? Saya tidak mahu duduk dalam kepompong yang sama. Saya percaya kalau kita mahu dan berusaha, insya-Allah akan dapat,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Lain