PENYANYI Mila Jirin tampil memberikan pencerahan berhubung dakwaan syarikatnya, Bizmilla Wedding Centre tidak melunaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangannya.Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 39, tidak menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan keadaan sebenar yang dihadapi syarikat berkenaan. “Jujurnya, peniaga pun ada cabaran tersendiri, kita tak dapat nafikan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu. Mila berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Bagi Bizmilla sahaja, bayaran gaji sudah mencecah RM600,000 sebulan. Jadi kami perlu fikir bagaimana mahu menguruskan kesemua kos berkenaan.“Saya tidak tahu siapa yang bercakap di luar sana. Itu hak mereka dan saya tidak pernah berniat untuk membalas balik,” katanya kepada mStar.Diajukan soalan sama ada dakwaan mengenai isu caruman berkenaan adalah benar, Mila memaklumkan perkara tersebut ada yang benar dan tidak benar. ARTIKEL BERKAITAN: Ini punca Mila Jirin ‘menghilang’ selepas menang AF5, kesempitan hidup sampai tak mampu hadiri acara hiburanARTIKEL BERKAITAN: “Ada mesej ramai tapi...“ - Punca Mila Jirin pilih komposer Indonesia untuk ‘comeback‘ lepas sedekadJelasnya, jumlah tenaga kerja yang ramai menyebabkan pihak pengurusan bekerja keras bagi memastikan kebajikan kakitangan terus terjamin.“Ada benda yang betul dan ada juga yang ditokok-tambah. Ada isu yang kami sudah selesaikan dan ada yang masih dalam proses untuk diselesaikan.“Sebab di Bizmilla ini jumlah pekerja sangat ramai. Apa yang boleh saya katakan, saya di bahagian pengurusan sentiasa mahu memastikan mereka ini kekal mempunyai mata pencarian,” ujarnya.Mila akan cuba selesaikan perkara itu dengan segera. Mila bagaimanapun menegaskan dia bertanggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf jika ada kelemahan dalam pengurusannya selain bersedia untuk terus berjuang bersama pekerja yang masih setia.“Saya akan cuba buat yang terbaik. Mana yang tidak suka itu tidak mengapa, tetapi mana yang masih mahu berjuang bersama, kita akan berjuang sama-sama.“Saya memang ambil serius bab kebajikan pekerja. Saya bukanlah majikan dari syurga, ada masanya saya garang juga. Tetapi saya sangat mengutamakan faedah mereka kerana kita cari rezeki bersama,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!