suria

“Kau tak boleh bagi aku anak!” - Emosi isteri dibuli, dipersalahkan setiap kali kandungan gugur

Suami isteri perlu saling menghormati antara satu sama lain. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan untuk dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri hidup.

Namun, tidak semua perjalanan berumah tangga itu mudah lebih-lebih lagi apabila diuji dengan dugaan lambat untuk memiliki zuriat selepas berkahwin.

Seorang wanita berkongsi kisah hidupnya yang sudah dua tahun berkahwin, namun masih belum dikurniakan zuriat apabila beberapa kali mengalami keguguran.

Menurut pekerja dalam sektor kerajaan itu, keadaan rumah tangganya turut bermasalah dek kerana beban kerja yang banyak.

Seorang wanita bekerja di sektor kerajaan sedih dengan sikap suaminya dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

Namun, suaminya yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dikatakan tidak memahami situasinya.

"Saya bergaduh dengan suami sebab dia marah saya buat kerja lebih masa. Dia tak pernah bekerja di pejabat, jadi dia tak faham beban kerja saya.

"Pukul 8 malam dia paksa saya suruh balik, tapi apabila saya balik... dia pula keluar rumah," luahnya dalam hantaran di grup Facebook Kisah Rumah Tangga.

Keadaan semakin buruk apabila suaminya mula mengungkit soal nafkah dan mengaitkan isu zuriat dalam pertengkaran mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak fleksibel, ‘resign’ makan gaji! Lelaki kongsi bahaya kerja sendiri, silap langkah habuk pun tak ada

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gaji rendah tetap sara keluarga lepas mak ayah meninggal... Adik umur 32 tahun goyang kaki, bagi alasan perempuan tak wajib kerja

"Dia cakap tak payah kerja. Tapi kalau saya berhenti kerja, siapa yang nak bayar komitmen saya?

"Dia guna kereta saya untuk buat e-Hailing, tapi kereta itu saya yang bayar. Saya sendiri tak boleh guna pun. Setakat simpan RM10 sehari untuk nafkah saya, tak cukup bayar (bulanan) kereta.

"Dia cakap saya ni tak boleh bagi dia anak. Berulang kali dia cakap. Sedangkan saya pernah mengandung anak dia," katanya.

Cari kebahagian awak, tiada guna bertahan dengan orang yang tak boleh hargai dan hormati kita.

NETIZEN

Tambah wanita itu lagi, kata-kata suaminya semakin menghiris hati hingga dia pernah diusir dari rumah ketika mereka bertengkar.

"Dia suruh saya ambil balik kereta saya, balik kampung... pergi mana-mana pun dia tak peduli. Tapi apabila saya tidur di bilik lain dan kunci pintu, dia mengamuk pula.

"Dia simbah mi rebus dan air setengah baldi supaya saya buka pintu. Apabila buka pintu, dia ulang tanya RM300 yang dia bagi tu masih tak cukup ke? Dia kata lagi... kau tu tak boleh bagi aku anak," tambahnya.

Komen netizen di Facebook.

Luahan wanita ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berasa simpati dengan nasibnya.

Ramai menasihatinya untuk tidak terus bertahan dalam hubungan toksik, lebih-lebih lagi jika emosi dan mentalnya terganggu.

"Cari kebahagiaan sendiri sis sementara tak ada anak. Nanti ada anak, hati terpaksa bertahan demi mereka pula. Sis buat la solat istikharah minta petunjuk. Sis layak untuk bahagia.

"Sis, awak ada kerjaya. Anak pun tak ada lagi. Cari kebahagian awak. Tak ada guna bertahan dengan orang yang tak boleh hargai dan hormati kita macam tu," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain