suria

Komisyen ribu-ribu hasil ‘affiliate’ TikTok lesap! Mangsa syak angkara pemilik lama akaun, godam curi duit

Pemasaran affiliate menjanjikan pulangan lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh. -Gambar hiasan

RAMAI pengguna media sosial sudah mula melakukan pemasaran affiliate menerusi aplikasi TikTok bagi menjana pendapatan tambahan.

Namun, seorang individu mendakwa wang komisen miliknya lesap selepas akaun TikTok miliknya digodam.

Bercerita lanjut, mangsa berkata dia memiliki seramai 30,000 pengikut 'segera' selepas membeli akaun TikTok daripada seorang individu.

Arruzain Izzul, 8, watching the contents in the Tiktok application on the smartphone at his home in Shah Alam. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

TikTok bukan sekadar platform tontonan video, malah menjadi tempat membeli-belah secara dalam talian. -Gambar hiasan

Dalam perkongsian di Facebook, mangsa mendakwa penggodaman itu dilakukan oleh pemilik lama akaun berkenaan.

"Saya ada membeli akaun TikTok dengan followers seramai 30,000 daripada seorang reseller TikTok. Tapi berlaku penggodaman ke atas akaun tersebut.

"Reseller tak mengaku dia yang godam tapi dia cakap owner lama yang buat," ujar mangsa.

Komisen affiliate yang hilang tu mencecah ribuan ringgit... tapi Seller tu tak mahu bertanggungjawab.

MANGSA

Menurutnya lagi, penjual akaun TikTok itu ada menawarkan ganti rugi, namun ia tidak memadai dengan kerugian yang dialaminya.

"Reseller hanya nak bayar ganti rugi ke atas harga akaun sahaja yang bernilai ratusan ringgit.

"Komisen affiliate yang hilang tu mencecah ribuan ringgit... tapi Seller tu tak mahu bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jana RM10,000 lepas hasilkan 1 video TikTok! Senangnya buat duit

ARTIKEL BERKAITAN: Buat bisnes affiliate tapi 'income' tak kencang! Rupanya salah strategi, kalau teknik tepat mudah raih 5 angka sebulan

"Situasi macam ni bagaimana ya? Betul ke dia tidak perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan komisen yang saya alami?" tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pelayar Facebook turut beranggapan mangsa sebenarnya dianiaya pemilik asal akaun TikTok berkenaan.

"Betul ke kena godam? Entah-entah komisen tu dia dah withdraw masuk akaun bank dia. Ribu-ribu dia dapat, ratus ringgit dia nak ganti rugi.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Kes penipuan dalam talian semakin berleluasa. -Gambar hiasan

"Itulah padahnya beli akaun curi. Banyak akaun dicuri yang dijual, lepas tu diambil semula oleh owner asal. Kalau nak beli akaun, beli direct owner. Reseller selalunya hacker atau scammer.

"Kamu buatlah akaun (TikTok) sendiri. Lagi pun bukan akaun kamu. Untung juga penjual nak bayar sikit," tulis netizen di ruangan komen.

Seorang lagi individu turut meninggalkan nombor telefon khidmat guaman di ruangan komen sekiranya mangsa mahu membawa kes itu ke peringkat seterusnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain