suria

Kelibat uncle India cari duit hilang terakam dalam CCTV, resah tak sempat isi minyak - “Dia pusing kereta terus balik”

Orang yang jujur tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan wang milik individu lain. -Gambar hiasan

NILAI RM150 mungkin tidak seberapa bagi mereka yang hidup dalam kemewahan.

Namun angka itu dianggap cukup besar buat seorang pelanggan stesen minyak ini yang kehilangan wang miliknya.

Menerusi perkongsian seorang pemuda di laman X, pelanggan itu dikatakan tercicir wang miliknya ketika dia datang untuk mengisi petrol pada Khamis.

petrol (3)

Seseorang itu boleh hilang sifat jujur apabila dia menemui wang tercicir dalam jumlah yang banyak. -Gambar hiasan

"Kisah ringkas di stesen minyak hari ni. Ada staff forecourt kami terjumpa duit RM150 (tiga keping RM50) dekat pintu masuk.

"RM150 agak banyak. Aku rasa kesian dekat pelanggan yang tercicir. Mungkin itu duit dia untuk survive sampai hujung bulan.

"Kawan aku suruh tengok kamera litar tertutup (CCTV). Selepas lima minit, aku dapat jumpa customer yang tercicir duit tu," kongsi pemuda itu.

Masa dia isi minyak, aku nampak kepala dia bersandar tepi pintu kereta.

PEKERJA STESEN MINYAK

Berdasarkan rakaman, pelanggan berbangsa India itu dilihat menaiki sebuah kereta Proton Satria berwarna kelabu.

Pelanggan itu dilihat meninggalkan stesen minyak selepas dia gagal menemui wang miliknya yang tercicir.

"Aku tak pasti bagaimana ia tercicir. (Nampak) dia tercari-cari duit dalam poket.. Lepas tak jumpa, dia pusing ke kereta dan terus gerak balik.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda terharu dapat abang mekanik jujur, selamat RM700! Sayu fikir income tak sekencang bengkel tipu pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengok, dia ada satu tangan” - Ibu mohon maaf anak istimewa terlebih jujur tegur peniaga OKU, sebenarnya ‘excited’

"Selepas sejam, dia datang balik nak isi minyak. Aku sebenarnya ragu-ragu itu dia. Sebabnya aku tak nampak muka dia pun dekat CCTV, muka kabur. Tapi tengok kereta macam orang sama.

"Dia bagi duit RM50 nak isi minyak RM10. Lepas aku pulangkan baki, terus 90 peratus aku yakin itu dia. Aku buat-buat tanya sekiranya uncle tu ada tercicir duit.

"Dia cakap betul, sebab tu dia terus balik. Dia kata RM150. Dengan jawapan tu, confirm dia. Aku cakap duit tu ada, dia terus meluru masuk," cerita pekerja itu lagi.

To take photo of the motorists smoking or vapping during driving. —LOW LAY PHON/The Star

Di sebalik kemajuan teknologi, masih ramai pemandu selesa menggunakan wang tunai untuk membuat pembayaran di stesen minyak. -Gambar hiasan

Menerusi perkongsian tular itu, pemuda tersebut berkata dia gembira dapat membantu pelanggan berkenaan.

"Banyak kali dia ucap terima kasih. Masa dia isi minyak, aku nampak kepala dia bersandar tepi pintu kereta. Aku tak pasti dia macam menangis ke apa.

"Tapi masa tu aku rasa sebak. Mungkin duit itu segalanya untuk dia survive. Sebelum dia balik, dia lambai sekali lagi.

"Demi Allah, masa tu perasaan aku berbaur happy dan sedih. Anda bayangkan kalau orang tak jujur jumpa duit tu. Memang dah tak ada duit tu," tulisnya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain