suria

Tak jadi nikah, terkejut dapat rezeki lain... Duit simpanan kahwin RM5,000 mampu bahagiakan ayah, diri sendiri

Seseorang itu perlu bijak menguruskan kewangan pada setiap masa. -Gambar hiasan

MANUSIA hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Walaupun apa yang dihajati tidak kesampaian, pasti ada hikmah di sebaliknya yang tidak disedari seseorang.

Antara perancangan manusia yang sering gagal menjadi kenyataan adalah berkaitan jodoh.

Perkahwinan memerlukan persediaan kewangan yang banyak. -Gambar hiasan

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang lelaki berkongsi kisah tentang rezekinya yang melimpah-ruah selepas hasrat mendirikan rumah tangga terkubur.

Menurut lelaki itu, rezekinya ditutup pada satu tempat iaitu perkahwinan, tetapi dibuka di bahagian lain.

"Aku pernah kumpul duit sampai RM5,000 sebab nak kahwin, tapi kerana jodoh tak panjang, aku kena lupakan impian tu. Duit simpanan aku tu, aku pergi beli PlayStation 4 dan televisyen 32 inci untuk bilik sewa aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘kalah’ dengan janda anak satu, impian kahwin musnah... Makin serabut bekas tunang desak pulangkan duit, barang hantaran

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki di persimpangan dilema... Hati terpikat janda pandai ambil berat, mula rasa tunang sendiri tak matang - “Dia suka cari pasal”

"Lepas tu ada duit lebih, aku belanjakan pula untuk rumah bapa aku. Aku belikan mesin basuh automatik, peti sejuk, televisyen 28 inci dan dapur gas.

"Akhir sekali, ada tinggal RM1,000, aku 'payung' untuk baiki rumah bapa yang ada kerosakan. Mungkin ada yang terkejut macam mana aku boleh dapat semua ni dengan harga bawah RM5,000.

Mak ayah kita hanya ada satu, manakala perempuan dekat luar sana ada berjuta-juta yang kita boleh cari untuk buat isteri.

WARGA MAYA

"Sebenarnya ada sesetengah barangan tu adalah barang terpakai, sebab tu boleh nego harga murah. Walaupun hati berduka, benda ni sedikit sebanyak gembirakan semula diri," ujarnya menutup bicara.

Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat memuji kecekalan lelaki itu dan menzahirkan rasa kagum kerana dia tidak cepat menyalahkan takdir.

Pelayar bertukar pandangan.

"Bagus la bro, lebih baik beli semua barang-barang tu daripada tersilap kahwin dengan pasangan salah, lagi tak aman hidup kau nanti. Tak boleh main pilih je pasangan untuk tinggal sebumbung dan sekatil.

"Ada sesetengah orang yang kalau terkena macam ni, sampai berbulan-bulan meroyan. Tapi abang ni terus bangkit, siap bantu ayah dia, syabas saya ucapkan.

"Mak ayah kita hanya ada satu, manakala perempuan dekat luar sana ada berjuta-juta yang kita boleh cari untuk buat isteri. Ingat tu, jangan pernah lupa apa yang lebih berharga," demikian kata warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain