MENJADI impian dan matlamat setiap ibu bapa mahukan segala yang terbaik untuk anak-anak. Namun, seorang wanita berkongsi pandangan tentang keputusannya untuk tidak memiliki ramai anak demi memastikan mereka mendapat kehidupan lebih berkualiti. Dalam perkongsiannya, wanita ini berkata dia bersetuju dengan pendapat bahawa lebih baik mempunyai tidak ramai anak tetapi dapat memberikan keperluan terbaik dalam segenap aspek. Seorang ibu memberikan pendapatnya mengenai jumlah zuriat dalam sesebuah keluarga. -Gambar hiasan “Makanan terbaik, pelajaran terbaik dan perhatian yang wajar. Saya tak dapat bayangkan jika saya mempunyai lebih ramai anak sekarang, hidup ini semakin mencabar. "Untuk mengisi 'tangki' emosi mereka juga bukan murah (mudah). Sambutan hari lahir, yuran sekolah tahunan, percutian, graduasi dan banyak lagi memerlukan perbelanjaan yang besar,” katanya. Wanita ini juga menegaskan bahawa dengan mempunyai hanya dua orang anak, dia dapat menabung walaupun dalam jumlah yang kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal 3 anak mahu tingkat ciri keselamatan rumah baharu, ramai bagi idea kreatif - “Tolong jangan suruh saya kahwin lain” ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki puji melangit wanita dulu-dulu, tak kecoh beranak ramai - “Perempuan moden anak baru 2 dah menggelupur” Baginya, kepuasan sebagai ibu bukan terletak pada bilangan anak semata-mata tetapi lebih kepada kemampuan untuk memberikan kehidupan seimbang dan selesa buat mereka. Hantaran dikongsikan wanita ini dibanjiri pendapat warga maya yang turut memberi pandangan mengenai topik yang dibahaskan. "Saya ada empat anak. Hari biasa saya rasa bersyukur Allah bagi cukup semua. Tapi masa genting macam sekarang ni seram sikit. Yuran pengajian mereka saja sudah boleh buat deposit kereta. Yuran pengajian mereka saja sudah boleh buat deposit kereta. NETIZEN "Nak kena kerja keras sikit tolong suami. Tapi apa-apa pun anak pembawa rezeki kan. Jangan pernah lupa janji Allah. Kita kena yakin walaupun selalu sesak (perbelanjaan)," ujar seorang netizen. Wanita ini juga mengambil kesempatan untuk memberikan penghargaan kepada semua ibu, tidak kira sama ada mereka memiliki ramai anak atau tidak. “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua ibu di luar sana. Sama ada mempunyai ramai anak atau sedikit, kita semua berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Komen netizen di Threads. "Setiap satu daripada mereka berhak mendapat perhatian dan kasih sayang yang sama rata,” tambahnya. Dia juga berkongsi latar belakangnya yang dibesarkan dalam keluarga berpendapatan tunggal dengan lima adik-beradik. Manakala suaminya pula berasal dari keluarga besar dengan tujuh adik-beradik tetapi mempunyai pendapatan isi rumah berganda. Bagi pasangan ini, mereka bersyukur dengan kurniaan dua anak dan mendoakan agar keluarganya dikurniakan rezeki melimpah serta umur yang panjang.