suria

Suami baru meninggal, mentua kejam desak kahwin abang arwah... Halang balik rumah! - "Aku rasa lebih pada harta"

Kehilangan insan tersayang amat memedihkan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita kesal dengan sikap keluarga mentua kepada rakannya yang mendesak supaya dia berkahwin lain walau suaminya baru seminggu meninggal dunia.

Menurutnya, sejak hari pertama kematian suami, beberapa ahli keluarga mentua sudah memberi pandangan mengenai jodoh baharu buat rakannya yang merupakan seorang mualaf.

Mereka mencadangkan agar rakannya berkahwin pula dengan abang kepada arwah suami. 

Kebahagian dalam berumah tangga impian suami isteri. -Gambar hiasan AIKebahagiaan dalam rumah tangga adalah impian setiap pasangan suami isteri. -Gambar hiasan AI

"Rasanya, majoriti kena belajar adab. Kawan saya tengah sedih, baru seminggu suaminya meninggal.

"Keluarga belah arwah dah sibuk 'cucuk-cucuk' pasal kahwin lain dengan abang arwah pula tu, alasannya sebab dah lama duda," kongsinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Balu nak kahwin lain tapi mentua halang, alasan diberi buat ramai menyirap - "Dia sendiri tak pernah jenguk cucu"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak kahwin baru, ibu tunggal rancang ‘buang’ anak 10 tahun... Patuh cakap bakal suami, enggan bela benih orang

Wanita itu menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berhati perut memandangkan rakannya masih dalam keadaan sedih dan baru kehilangan insan paling disayangi dalam hidupnya.

"Ingat ni filem ke apa? Adab mana adab? Kawan saya ni dah tak ada mak ayah dan dia anak tunggal. Kalau bab sokongan, harapkan kawan-kawan je. 

"Ikutkan nak je kami kawan-kawan bawa dia jauh dari situ. Walaupun sekejap tetapi dia masih dalam idah," katanya.  

Jelasnya, rakan-rakan kini bimbang keadaan mental wanita itu semakin terjejas akibat tekanan berterusan daripada keluarga mentua.

  • Mualaf didesak oleh mentua untuk kahwin baharu seminggu selepas suami meninggal.
  • Keluarga arwah cadang dia kahwini abang suami atas alasan dah lama menduda.
  • Rakan-rakan risau mentalnya terjejas sepanjang tempoh idah.
  • Dia turut dihalang kembali ke rumah lamanya bersama arwah.
  • Netizen dakwa mentua bertindak begitu demi jaga harta keluarga.

Tambahnya lagi, rakannya itu sebenarnya berhasrat kembali tinggal di rumah yang pernah didiami bersama arwah suami, namun dihalang mentua dengan alasan perlu melalui tempoh idah.

“Kami pun kadang-kadang nak tanya, mereka ini ingat kawan kami tiada perasaan ke? Arwah suaminya itu adalah segala-galanya. Itu keluarga pertama yang dia ada,” katanya.

Sementara itu netizen mendakwa punca keluarga mentua bertindak sebegitu tidak lain tidak bukan bagi memastikan harta anak mereka tidak jatuh kepada pihak lain.

"Orang kita ni suka sangat 'salin tikar'. Antara alasan supaya keturunan tu kekal dengan famili. Sebenarnya aku rasa lebih pada harta.

"Takutlah tu isteri dapat harta arwah dan kahwin dengan orang lain di luar famili arwah," antara komen netizen.

 

Artikel Lain