suria

Balu nak kahwin lain tapi mentua halang, alasan diberi buat ramai menyirap - "Dia sendiri tak pernah jenguk cucu"

Setiap wanita berhak untuk kahwin baharu selepas kematian suami. -Gambar hiasan AI

LUAHAN seorang ibu tunggal mengenai keinginan untuk berkahwin mengundang pelbagai reaksi netizen apabila hasratnya dihalang bekas bapa mentua.

Menerusi perkongsian yang dibuat di Threads, dia mengakui berasa terbeban membesarkan anak kecil sendirian selepas pemergian suami. 

Namun ketika menyuarakan niat untuk bernikah kali kedua, bekas bapa mentua membantah dengan alasan cucunya masih kecil.

"Memandangkan saya ni ibu tunggal... suami pun sudah meninggal. Saya dah buat keputusan untuk berkahwin kali kedua.

Menguruskan anak sebagai ibu tunggal bukan satu tugas mudah. -Gambar hiasan AI

"Tapi bapa mentua saya tak bagi kahwin dengan alasan anak saya kecil lagi. Tapi dia sendiri dah lama dan tak pernah jenguk cucu dia," jelasnya.

Menurutnya lagi, ibu bapa kandung yang sudah tiada membuatkan dia sering berfikir tentang mentua setiap kali mahu membuat keputusan besar dalam hidup. 

Dia terfikir sama ada wajar atau tidak sekiranya dia berkahwin tanpa memaklumkan perkara itu kepada bekas keluarga mentua.

"Saya maklumkan pada keluarga mentua sebab tak mahu membelakangkan dia. Saya fikir yang dia beri layanan baik masa kahwin dengan anak dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak kahwin baru, ibu tunggal rancang ‘buang’ anak 10 tahun... Patuh cakap bakal suami, enggan bela benih orang

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal cuba nasib main cinta dengan ‘tahi’ ganja... Sayang sangat sampai setuju nak kahwin

"Tapi lepas anak dia dah meninggal, jarang sekali dia nak tengok cucu jadi saya ralat sedikitlah," ujarnya sambil menambah kini hubungan antara dia dan mentua semakin renggang.

Sementara itu, ramai netizen tampil memberi semangat dan menyokong keputusan wanita tersebut untuk meneruskan kehidupan baharu tanpa perlu memikirkan keluarga mentua.

"Kahwin je sis. Dia bekas bapa mentua je sis. Awak berhak bahagia hidup bersama orang awak cintai.

  • Ibu tunggal berhasrat kahwin semula tetapi dihalang bekas bapa mentua.
  • Dia penat membesarkan anak kecil seorang diri sejak suami meninggal.
  • Bekas bapa mentua pun lama tidak jenguk cucunya.
  • Dia tetap memaklumkan niat mahu kahwin kerana tak mahu membelakangkan mentua.
  • Netizen sokong keputusan dia berkahwin kerana bekas bapa mentua bukan wali.

"Yang berkahwin tu awak sis. Kenapa kena minta izin mentua. Bukan dia wali awak jadi benda baik buat je. Cucu tetap cucu. Bila-bila boleh hantar lawat dia.

"Bapa mentua tu patut tahu anak dia dah meninggal dunia ni jadi awak terpaksa teruskan kehidupan seorang diri dengan anak-anak.

"Anak kecil lagi perlukan peranan seorang bapa. Kahwin je, bapa mentua tu bukan wali awak," komen beberapa netizen.

Artikel Lain