CABARAN kewangan membuatkan ramai ibu bapa masa kini perlu keluar bekerja untuk mencari rezeki.
Hal itu sudah pasti memaksa ibu bapa untuk menghantar anak kecil ke taska atau pusat asuhan.
Bakal melakukan perkara sama, seorang wanita cuba mendapatkan taska terbaik untuk anaknya pada tahun hadapan.
Namun pengalaman melawat taska membuatkan dia berfikir tentang situasi setiap anak kecil yang ditinggalkan di pusat asuhan tersebut.

Golongan ibu cenderung berasa dilema antara kerjaya dan anak. -Gambar hiasan
Berkongsi pengalaman, wanita itu berkata dia diselubungi perasaan sedih selepas melihat telatah beberapa bayi yang berada di taska terbabit.
"Tak rancang pun melawat satu taska ni, hajatnya nak tengok-tengok keadaan sebab nak hantar anak tahun depan.
"Tiba-tiba apabila dah masuk kereta sedih pula tengok keadaan bayi di situ. Ada yang masih tidur, main sendirian dan tengok televisyen seawal pagi," luahnya di Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Penangan kerap hantar anak ke tadika, bapa jatuh cinta dengan cikgu... Mesej di WhatsApp bukti siapa mula angkara
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buat kira-kira kos bulanan, anggap mak ayah hantar anak ke taska orang berada! - “Kaya di mata aku bukan ada kereta besar”
Bagi wanita ini, bayi sepatutnya berada di dalam dakapan ibu mereka dan tidak seharusnya bangun terlalu awal untuk ke taska.
Bagaimanapun, dia mengakui setiap keluarga mempunyai perjalanan hidup yang berbeza.
"Ada yang suami isteri terpaksa bekerja sebab nak tampung kehidupan.
- Ramai ibu bapa terpaksa hantar anak ke taska kerana kekangan kewangan.
- Wanita melawat taska untuk persediaan tahun depan, tapi sebak lihat bayi ditinggalkan awal pagi.
- Katanya bayi sepatutnya berada dalam dakapan ibu, namun akui setiap keluarga ada cabaran hidup.
- Menyifatkan suri rumah sebagai keistimewaan kerana dapat menjaga anak depan mata tanpa risau.
- Netizen beri pandangan berbeza—ada yang anggap taska bantu perkembangan sosial anak.
"Jadi terpaksalah hantar ke taska walaupun dalam hati gusar apabila teringatkan anak," tambahnya lagi.
Dalam hantaran susulan, wanita ini menyifatkan menjadi suri rumah sepenuh masa adalah satu keistimewaan kerana seorang ibu dapat memerhati dan menjaga anak di depan mata tanpa sebarang kerisauan.
Tambahan pula katanya, peningkatan kes penderaan di taska kebelakangan ini menjadikan ibu bapa berasa serba salah untuk menghantar anak kecil ke pusat jagaan.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.
Bagi sesetengah individu, menghantar anak ke taska adalah pilihan terbaik kerana dapat membantu perkembangan dan kehidupan bersosial.
"Sebagai ibu yang bekerja, saya tak rasa trigger sebab anak dapat lakukan banyak aktiviti... belum tentu saya sebagai suri rumah dapat lakukannya.
"Sejujurnya, kalau nak bekerja pastikan boleh bagi yang terbaik untuk anak-anak.
"Saya suri rumah tapi tetap hantar anak usia tiga tahun ke playschool sebab kalau duduk kat rumah lagi kesian tengok dia main sendirian," demikian reaksi netizen.


