SETIAP ibu bapa pasti mahukan anak berjaya dalam bidang diceburi khususnya akademik.
Harapan itu semakin menebal sekiranya ibu bapa tersebut merupakan pelajar cemerlang dan aktif semasa zaman persekolahan.
Beranggapan kepandaian diwarisi, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila anak-anaknya menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.
"Lama sangat terpendam dan menimbulkan kemusykilan. Kenapa anak-anak saya semua macam susah nak catch-up dalam pelajaran?

Setiap pelajar mempunyai cara tersendiri untuk fokus di kelas. -Gambar hiasan
"Dapat nombor pun hujung-hujung, apa kesilapan saya?
"Saya dan suami adalah pelajar cemerlang di SBP (sekolah berasrama penuh), straight A dalam semua peperiksaan," luahnya di Thread.
Tambah pengadu, dia juga mempunyai pelbagai kemahiran sehingga menerima banyak anugerah di zaman sekolah.
Malah katanya, kecemerlangan tersebut berterusan sehingga alam pekerjaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bimbang anak Gen Z tak pandai bawa diri, belum sebulan kerja dah dipecat... Kerja cuci pinggan, angkat ais pun gagal!
ARTIKEL BERKAITAN: “Anak aku mula malas belajar” - Ibu bapa merungut sistem kelas campur, murid bijak jadi ‘slow’ terpengaruh rakan lemah akademik
Namun malang bagi wanita ini apabila tiada seorang pun anaknya yang mengikuti jejak atau mewarisi kemahiran dimilikinya.
"Anak-anak saya tak pandai dan tak mewarisi kemahiran yang saya ada... kata kepandaian mengikut genetik.
"Kadang-kadang terfikir budak yang pandai di kelas anak-anak saya adalah orang biasa-biasa. Bapa kerja kilang, peniaga, pembantu pejabat dan pengawal keselamatan.
"Tapi anak mereka boleh berjaya dalam pelajaran," tambahnya yang buntu dengan situasi dialami.
- Ibu bapa bekas pelajar cemerlang SBP kecewa anak-anak berprestasi rendah.
- Mereka bingung kepandaian dan kemahiran gagal diwarisi.
- Bertambah musykil kerana anak-anak keluarga biasa pula cemerlang dalam pelajaran.
- Meskipun telah kawal ketat gajet dan bersikap tegas, masalah pembelajaran anak-anak tetap berterusan.
- Netizen nasihat bahawa setiap anak mempunyai gaya pembelajaran berbeza dan mereka mungkin late bloomers.
Seperti ibu bapa lain yang mementingkan pendidikan anak-anak, dia juga mahu berikan yang terbaik.
Malah katanya, penggunaan gadjet turut dikawal bagi memastikan anak-anaknya yang masih bersekolah rendah memberi fokus pada pelajaran.
"Di rumah ayah mereka tegas dan mereka tak dapat gajet macam anak-anak orang lain pun.
"Jadi saya buntu di mana silap saya sebenarnya," ajunya yang cuba mendapatkan pandangan daripada warga maya.

Warga maya memberi kata-kata sokongan padanya.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ramai bekongsi tip dan memberikan kata-kata semangat kepadanya agar sentiasa bersama dengan anak-anak.
"Setiap individu ni ada kecenderungan belajar yang berbeza. Ada orang yang belajar daripada pemerhatian, pendengaran dan praktikal.
"Saya pun ada masalah dengan anak sulung, tak faham cara dia belajar sampailah buat ujian IQ. Keputusan dia ialah sangat average.
"Saya rasa mungkin anak puan late boomers... belum masanya dia berkembang," demikian reaksi netizen.


