PENDENGAR sebuah stesen radio tempatan dikejutkan dengan panggilan seorang wanita yang mendakwa dia berkahwin dengan lelaki biseksual.
Hanya mahu dikenali sebagai Tini, wanita itu berkata suaminya masih lagi berkawan dengan kelompok ‘dua alam’ itu walaupun sudah mendirikan rumah tangga.
"Suami mengaku dia juga ada kecenderungan sesama jenis tetapi dia tidak mahu berubah. Dia luangkan masa di luar bersama kawan-kawan yang begitu, ataupun pasangan tertentu.
Hubungan seks sejenis merupakan salah satu punca jangkitan HIV. -Gambar hiasan
"Dia memberi alasan tidak buat zina dan benda haram, cuma orang begitu yang memahami dia," cerita wanita itu kepada DJ radio berkenaan.
Menurut Tini, suaminya juga enggan berubah kerana dia beranggapan tidak salah untuk lelaki berkawan sesama jantina selagi tidak melakukan dosa.
"Dia tidak mahu mendapatkan rawatan kerana pada dia, dia tidak melakukan dosa. Tidak ada dosa antara lelaki untuk berkawan.
Dari segi hubungan suami isteri, i would say okey, dia rakan sebilik yang baik.
ISTERI
"Kami okay saja bila saya tak menyentuh tentang kehidupan dia sisi satu lagi. Sebagai isteri, apa saya perlu buat untuk bantu suami? Adakah kena lapor pada pihak berkuasa.
"Walaupun saya tahu dia tak mahu berubah, tapi saya nampak ada perubahan ke arah yang baik. Cuma untuk dia meninggalkan itu susah," luah wanita itu lagi.
Di sebalik sisi gelap suaminya, Tini turut memuji sikap lelaki itu yang tidak mengabaikan tanggungjawab menafkahi dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi mesej dengan anak ikan siap bersayang-sayang, isteri reda dapat suami gay... Usaha putuskan hubungan songsang gagal!
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lawa, suami masih bernafsu songsang dengan junior di tempat kerja... ‘Anak ikan’ cepat rasa kasihan, tapi rapat bersebab
"Suami saya dari segi tanggungjawab, dia menafkahi, menyara, dia bagus dan tiada masalah. Dari segi hubungan suami isteri, I would say okay, dia rakan sebilik yang baik," ceritanya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen turut memberi kata-kata semangat terhadap wanita itu dan memuji kesabarannya meneruskan perkahwinan.
Namun, ada juga netizen yang meragui suami wanita itu dan meminta agar dia tidak meneruskan hubungan.
Ramai juga lelaki gay yang memilih untuk tidak berkahwin kerana enggan menyakiti hati wanita. -Gambar hiasan
"Begitu sayang seorang isteri. Terhina betul apa yang laki dia buat tapi dia sabar.
"Paling takut kejap lagi ada HIV, bagi kat isteri pula.
"Berpisah la puan," tulis beberapa netizen.