suria

Jangan hanya fikir murah, individu pesan elak jadi mangsa tipu upah rukun Islam kelima… Badal haji umpama ‘bonus’ tahunan sindiket!

Penipuan badal haji sudah berlaku sejak sekian lama. -Foto media sosial

MENJELANG musim haji, pelbagai iklan mengenai pakej badal haji mula muncul, sama ada ditawarkan oleh orang perseorangan mahupun syarikat.

Kebiasaannya, ramai akan tertarik dengan iklan yang menawarkan pakej murah bagi menunaikan ibadah bagi pihak insan tersayang.

Seorang individu yang berpengalaman dalam pengurusan jemaah haji tampil memberi pencerahan tentang sindiket penipuan badal haji oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Jemaah haji musim 2024 sedang menuju ke Mina untuk melontar jamrah. -Gambar hiasan

Jemaah haji musim 2024 sedang menuju ke Mina untuk melontar jamrah. -Gambar hiasan

"Saya dapat pertanyaan daripada ramai orang tentang video yang tular di TikTok mengenai seorang wakil yang sedang mengambil amanah haji walaupun musim haji itu belum lagi bermula.

"Mengikut pengalaman saya yang berada di medan haji ini, memang benar penipuan haji ini dah begitu lama. Bahkan ini adalah umpama bonus tahunan untuk pembekal 'bedal' haji," katanya.

Untuk makluman, badal haji atau lebih dikenali sebagai upah haji bermaksud mewakilkan atau menggantikan pelaksanaan ibadah haji ke atas dirinya kepada waris atau orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Badal atau bedal haji? Banyak kertas koyak, bersepah di Tanah Suci... Lelaki dedah scammer kantoi laksana ‘amanah’ ramai penama

ARTIKEL BERKAITAN: Suhu di Makkah mungkin cecah 50 darjah Celsius! Ini tip untuk jemaah haji elak strok haba

Dengan kata mudah, badal haji adalah mengupah seseorang melakukan ibadah haji untuk dirinya atas sebab-sebab tertentu.

Bercerita lanjut tentang penipuan badal haji, individu berkenaan berkata dia sendiri pernah menegur perlakuan seseorang yang turut menjalankan aktiviti berkenaan.

"Dengan hanya membuat video atau gambar memegang nama 'bedal' haji, mereka akan di bayar sekitar 300SAR hingga 500SAR (RM341 hingga RM570) bagi setiap video.

"Tetapi lepas dinasihati individu terbabit tidak lagi buat kerja berkenaan," katanya.

Mengerjakan badal haji bagi beberapa individu di dalam satu masa adalah tidak sah.

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Beliau berkata secara jujur, pihak berkuasa tidak dapat membanteras kegiatan itu dari segi undang undang.

"Bagaimana kita nak banteras? Ianya bermula dengan diri kita, beri kesedaran kepada orang sekeliling dan cakna tentang perkara ini," katanya.

Sementara itu, di ruangan komen netizen turut mengutuk perbuatan penipuan badal haji demi mengaut untung.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Orang yang upah niat baik dah, yang laksana tak amanah. Allah ada. Nanti mendapatlah bala dan kutukkan Allah, mereka akan menyesal sepanjang hayat.

"Penceramah dah pesan banyak kali. Mana ada badal haji orang buat harga terlampau murah. Nak buat RM10,000. Zaman banyak orang makan duit haram," demikian kata beberapa netizen.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hukum mengerjakan badal haji bagi beberapa individu di dalam satu masa adalah tidak sah kerana badal haji hanya mencukupi untuk satu orang sahaja. 

"Kami nasihatkan kepada mereka yang ingin mengerjakan badal haji supaya menitikberatkan perkara seperti ini supaya amanah dan ibadat badal haji yang dikerjakan itu sah di sisi hukum dan mendapat keberkatan dari Allah," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain