suria

Suhu di Makkah mungkin cecah 50 darjah Celsius! Ini tip untuk jemaah haji elak strok haba

Jemaah haji musim 2024 sedang menuju ke Mina untuk melontar jamrah. -Gambar hiasan

MUSIM haji 2025 semakin hampir dengan kumpulan pertama jemaah haji dari Malaysia sudah pun berlepas ke Tanah Suci pada 9 Mei lalu.

Jutaan jemaah dari seluruh dunia akan berkumpul untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, namun kali ini dengan cabaran kesihatan yang serius.

Ia susulan kenyataan Kementerian Haji Saudi yang menjangkakan suhu semasa melampau mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, suatu keadaan yang boleh membahayakan kesihatan jemaah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa buat korban nazar anak raih keputusan cemerlang, boleh ke jamah sikit? Ini huraiannya

Untuk rekod, pada musim haji 2024, lebih 1,300 jemaah dilaporkan meninggal dunia, kebanyakannya akibat strok haba dan dehidrasi.

Suhu pada ketika itu mencecah 51.6 darjah Celsius, menjadikan 2024 antara musim haji paling panas dalam sejarah moden.

Justeru, para jemaah dinasihatkan untuk lebih peka terutamanya dari segi persediaan agar urusan ibadah haji berjalan dengan lancar.

TOPSHOT - Medical team members evacuate a Muslim pilgrim, affected by the soarching heat, at the base of Mount Arafat, also known as Jabal al-Rahma or Mount of Mercy, during the annual hajj pilgrimage on June 15, 2024. Friends and family searched for missing hajj pilgrims on June 19 as the death toll at the annual rituals, which were carried out in scorching heat, surged past 900. (Photo by Fadel SENNA / AFP)

Jemaah berdepan risiko mengalami strok haba ekoran cuaca panas melampau. -Gambar hiasan

Bagi jemaah yang sedang membuat persiapan, berikut adalah tip yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia untuk dijadikan panduan bersama:   

1. Jemaah haji disarankan untuk lebih berhati-hati ketika melontar jamrah di Mina berikutan jarak perjalanan yang jauh, iaitu kira-kira enam kilometer dari Makkah.

2. Selain itu, jemaah juga dinasihatkan lebih peka terutamanya ketika melakukan tawaf serta saie pada waktu tengah hari. 

3. Cuaca panas melampau juga dibimbangi boleh mengakibatkan strok haba. Oleh itu, jemaah disarankan untuk peka dengan perubahan tubuh badan masing-masing.

Gejala strok haba:

- Air kencing pekat

- Suhu badan meningkat

- Pening dan pitam

- Kaki dan perut kejang

- Perubahan tingkah laku

- Jantung berdegup pantas

Sports drinks can replace the electrolytes lost when you sweat. Oral dehydration salts (foreground) mixed with water are a cheaper option but they don't contain Carbohydrate*** Local Caption *** Pix without caption

Jemaah disaran membawa ORS untuk mengelakkan tubuh lesu kerana kehilangan garam dalam tubuh akibat berpeluh. -Gambar hiasan

Tip mencegah strok haba:

- Minum air banyak 

- Bawa dan minum Oral Rehydration Salt (ORS)

- Gunakan payung berwarna cerah

- Bawa semburan air

- Elakkan terdedah kepada cahaya terlalu lama

- Peka dengan perubahan tubuh dengan mengesan gejala awal strok haba

Artikel Lain