DUGAAN tinggal sebumbung dengan rakan serumah 'tak sekepala', setiap apa yang dibuat pasti serba tak kena pada pandangan matanya.
Begitulah yang dialami pemuda ini selepas berpindah ke sebuah rumah sewa, di mana pemiliknya memberi kebenaran membela haiwan peliharaan.
Namun apa yang menimbulkan masalah apabila salah seorang daripada rakan serumah sering mengadu kepada pemilik kediaman mengenai kucing-kucing yang dibelanya.
Tinggal menyewa memerlukan persefahaman dengan penghuni lain. -Gambar hiasan
"Semua benda nak mengadu. Aku pernah saran buat grup rumah untuk bincang tapi dia tak nak. Aku ajak usrah kalau ada apa-apa masalah pun tak nak. Bab mengadu dekat pemilik memang 'rajin' tak perlu suruh.
"Selepas seminggu, pemilik terima aduan pasal kucing. Aku cakap la yang dia juga beritahu rumah tu pet friendly. Lepas tu, tuan rumah minta letak kucing dalam bilik," katanya, menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa rasa ‘terpaling’ pandai hias rumah, siap berani jual perabot! Beli baru ikut selera sendiri - “Bagi alasan nak konsep minimalis”
ARTIKEL BERKAITAN: Seorang penyewa sudah cukup buat ‘owner’ pening! Liat bayar sewa, rumah sempurna berubah ‘tongkang pecah’
Sejak itu, katanya, dia hanya membawa kucing-kucing keluar dari bilik pada waktu malam, selepas rakan-rakan serumah tidur.
"Setiap malam lepas semua tidur, aku keluarkan kucing letak dalam sangkar sebab nak bersihkan bilik.
"Tapi satu hari tu, rakan serumah tu turun senyap-senyap ambil gambar kucing aku tunjuk dekat tuan rumah yang aku letak kucing di luar bilik. Aku beritahu tuan rumah yang aku bersihkan bilik setiap malam selepas mereka tidur.
Ku tak tahu lepas ni kalau isu kucing dah tak ada, isu apa lagi.
PENYEWA
"Sepatutnya tak jadi isulah. Pemilik pun terangkan dekat kaki mengadu tu. Sejak hari tu, aku tak lagi letak kucing dekat luar bila kemas bilik," ujarnya.
Tidak terhenti di situ, rakan serumah terus mengadu dan kali ini mengenai bau kucing yang dihidu setiap kali melintas di depan bilik tidurnya.
Kucing menjadi kesukaan ramai kerana sifatnya yang jinak dan manja. -Gambar hiasan
"Masa ni aku dah muak dengar dia mengadu. Minggu lepas, pemilik WhatsApp aku beritahu suruh letak kat luar rumah.
"Bila aku letak anak-anak kucing luar rumah pula selalu bergaduh dengan kucing-kucing lain. Sampai merata terkencing, terberak kucing tu," ujarnya.
Namun, dalam masa sama, sikap rakan serumah yang kuat mengadu itu juga membuatkan pemilik kurang senang dengan situasi tersebut.
"Pemilik penat sangat. Dia kata dah terangkan tapi tukang mengadu tu selalu sangat mengadu hampir setiap hari sampai dia tak tahan.
"Jadi pemilik pujuk untuk lepaskan anak-anak kucing tu semua. Sedih jugalah.
"Pemilik dah beri lampu hijau tapi ada pula perangai rakan serumah yang sikit-sikit mengadu. Aku tak tahu lepas ni kalau isu kucing dah tak ada, isu apa lagi," luahnya dalam hantaran sama.