PERSIAPAN perkahwinan sepatutnya menjadi momen yang mengujakan buat bakal pengantin dan keluarga namun, tidak semua proses menjelang hari bahagia berjalan lancar.
Seorang bakal pengantin berkongsi dilema yang dihadapinya ketika membuat persiapan majlis kahwin, gara-gara ada ahli keluarga yang bersikap degil.
Menerusi luahan yang dimuat naik, individu berkenaan meluahkan rasa buntu apabila neneknya bertindak menyebarkan kad jemputan kahwin ke beberapa kumpulan WhatsApp walaupun sudah diingatkan berkali-kali supaya tidak melakukannya.
Mengadakan majlis perkahwinan memerlukan persediaan rapi. -Gambar hiasan
"Nenek saya sesuka hati dia pergi forward (hebah) undangan dekat WhatsApp grup saudara mara dia yang jauh. Mak saya sudah pesan awal jangan jemput sebab dah buat kiraan tetamu.
"Tempah (makanan) pun cukup-cukup bajet je tapi dia masih forward. Bukan satu grup tapi banyak pula tu," kata bakal pengantin itu, menceritakan situasi yang dihadapi.
ARTIKEL BERKAITAN: Makcik pandang serong, tuduh tuan kenduri kedekut catu makanan! Tak puas hati guna khidmat pramusaji, susah nak cedok lauk sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Keliru maksud ‘turut mengundang seisi keluarga’ salah satu punca lauk kenduri tak cukup! Tetamu dijemput bawa ‘satu batalion’
Lebih merumitkan, tetamu-tetamu yang dijemput oleh nenek langsung tidak dikenali mereka.
Apa yang mengecewakan bakal pengantin, neneknya tergamak melemparkan kata-kata kesat sehingga membuatkan dia tersentuh hati.
"Saya dan mak ayah dah tak ada duit nak tambah jumlah makanan lagi. Saya minta duit dekat nenek suruh dia tambah tapi tak nak bagi.
Bila makanan tak cukup, nenek pun sama malu.
NETIZEN
"Dia siap cakap sebab perangai orang macam sayalah menyebabkan putus silaturahim (hubungan persaudaraan) disebabkan sikap tak nak jemput tu.
"Sedangkan masa raya ke apa, tak pernah tahu pun kewujudan saudara mara jauh tu. Risau makanan tak cukup masa majlis nanti," jelasnya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan pendapat masing-masing.
Komen netizen di media sosial.
Selain memberi cadangan apa yang patut dilakukan, ada juga yang mengingatkannya soal rezeki dan keberkatan.
"Biarkan saja. Bila makanan tak cukup, nenek pun sama malu.
"Insya-Allah cukup sebab yang kita jemput belum tentu semua datang. Semoga dipermudahkan urusan awak.
"Masa ni la kita kena belajar untuk yakin tentang rezeki dan keberkatan yang Allah akan bagi. Kita yakin Allah boleh bagi di luar apa yang kita fikir," komen beberapa netizen.