SEORANG wanita melahirkan rasa kurang senang dengan sikap seorang ibu ketika menolak permintaan anaknya untuk dibelikan pakaian bertema haiwan sempena sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah.
Wanita tersebut menyifatkan tindakan ibu berkenaan tak ubah seperti joykiller selain tidak menunjukkan adab yang baik.
Jelasnya, sekiranya ibu tersebut tidak mampu, permintaan si anak sepatutnya ditolak dengan cara yang lebih berhemah.
Kasih sayang ibu terhadap anak melebihi segala-galanya. -Gambar hiasan AI
"Anak minta elok-elok, beli kat Shopee je. Kalau rasa tak mampu, miskin... tolak permintaan anak tu dengan cara yang beradab.
"Ni bukan setakat miskin harta je, miskin jiwa sekali. Jijik la aku perangai macam ni," katanya beremosi di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kita senyum pun dia sakit hati” - Pemuda kongsi perangai buruk joykiller, tengok orang lain bahagia diri sendiri rasa ‘panas’
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ibu hamil jadi sasaran, Intan Najuwa pun terpaksa hadap sikap joykiller terlebih prihatin... Menegur saat orang lain kongsi kegembiraan
Wanita itu turut berkongsi hantaran tangkap layar perbualan ibu tersebut dengan anak berusia 10 tahun yang meminta dibelikan kostum haiwan.
"Mama, beli la baju binatang kat Shopee," minta kanak-kanak tersebut.
"Kalau mama beli, kau nak tak pakai pergi mall lepas tu? Kalau nak pakai, aku belikan. Kalau tak nak, buat apa aku bazir duit," kata ibu tersebut tanda menolak.
- Wanita mengecam tindakan ibu yang menolak permintaan anak membeli kostum haiwan.
- Ibu itu didakwa ‘joykiller’ kerana cara berkomunikasi yang dianggap kasar.
- Anak berhenti meminta selepas ibu mempersoalkan kegunaan kostum di luar sekolah.
- Ibu jelaskan pakaian tema tidak wajib dan baju sukan sudah memadai.
- Netizen bersetuju ibu patut guna bahasa lebih lembut demi jaga hati anak.
Selepas ditanya demikian, si anak hanya berdiam diri dan tidak lagi meminta kostum tersebut.
Ibu itu menegaskan bahawa pakaian tema tidak wajib, malah anaknya boleh memakai baju sukan sebagai ganti.
Perkongsian itu mendapat sokongan netizen khususnya dalam kalangan wanita yang berpandangan ibu tersebut tidak sepatutnya bersikap demikian.
"Apa yang kita mampu, kita bagi je. Betul joykiller maknya dengan ayat macam tu. Pedih apabila kita baca.
"Apa salahnya beli untuk gembirakan hati anak? Dia nak merasa pakai. Jawab je elok-elok bagi anak faham kalau tak nak beli," katanya.


