suria

Isteri lepasan DPLI mula sombong, pandang rendah suami level SPM... Berani ungkit soal duit, cakap bab cerai!

Perselisihan faham perlu diselesaikan dengan cara berhemah. -Gambar hiasan AI

SEORANG suami meluahkan rasa sedih apabila hubungan rumah tangganya mula goyah selepas isterinya kembali bekerja dan menjadi guru.

Menurut lelaki itu, isterinya memiliki ijazah manakala dia hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Bagaimanapun selepas berkahwin, isterinya bekerja sebagai pengurus di sebuah pusat beli-belah, namun berhenti apabila hamil kerana syarikat tidak membenarkan cuti tanpa gaji.

"Jadi aku la yang tanggung semua dan tak kisah pun sebab dah tanggungjawab. Dia jd suri rumah hampir lima tahun sehingga dapat anak kedua.

Bertengkar dihadapan anak adalah sesuatu yang tidak wajar. -Gambar hiasan AIBertengkar di hadapan anak adalah sesuatu yang tidak wajar. -Gambar hiasan AI

"Aku pernah tanya sama ada dia nak berkerja semula atau tidak dan dia tiada masalah jika aku tanggung semuanya," kongsi lelaki itu.

Menurutnya, apabila Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) diperkenal semula pada 2018, dia menyokong penuh isterinya menyambung pengajian untuk menjadi guru. 

Katanya, dia menggunakan wang kecemasan mereka bagi membiayai pengajian tersebut dan isterinya berjaya menamatkannya serta ditempatkan di sebuah sekolah menengah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah ‘selera’ lepas ada adik angkat, kerap bawa balik rumah... Suami terkejut jumpa ‘sesuatu’ dalam almari

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ikut perangai mentua, suka lena depan TV sampai Subuh... Langsung tak hirau hukum berpisah tempat tidur dengan suami!

"Cumanya sekolah itu di negeri sebelah, jadi dia ulang alik seminggu sekali. Dia kemudian mula berubah, seolah-olah makin menjauhkan diri.

"Tak mahu bergurau senda lagi dan muka asyik serius. Aku faham mungkin itu pengaruh daripada kerjaya sebagai guru yang sentiasa serius," katanya.

Namun, jangkaan dia meleset apabila isterinya kerap marah serta mula bercakap kasar terhadap anak-anak.

"Minggu lepas dia bercakap soal cerai. Dia ungkit, katanya dia yang tanggung perbelanjaan. Alahai selama ni yang aku tanggung tu apa?

  • Suami SPM kecewa isteri degree berubah selepas bekerja sebagai guru.
  • Isteri pernah jadi suri rumah lima tahun, semua ditanggung suami.
  • Suami biayai pengajian DPLI hingga isteri berjaya jadi guru.
  • Selepas posting jauh, isteri didakwa semakin dingin dan mula minta cerai.
  • Netizen sarankan kaunseling kerana hubungan masih boleh diselamatkan.

"Tiap hari asyik bergaduh saja. Perempuan apabila dah berdikari sendiri memang akan ego kan," katanya.

Sementara itu, netizen menyarankan lelaki itu membawa masalah berkenaan kepada kaunseling kerana berpendapat rumah tangganya masih boleh diselamatkan lagi.

"Bawa ke pejabat agama untuk kaunseling. Tiada apa dapat diselamatkan melainkan pegangan agama dia kuat," komen netizen.

Namun ada juga warga maya mengakui wanita akan mulai ego bila diberikan ruang kepada mereka.

"Sebagai wanita, orang perempuan ni apabila dah berdikari akan besar kepala. Tak ada laki pun dia akan rasa ok. Bagi dia laki hanya beban je," katanya.

Artikel Lain