SEORANG majikan berkongsi pengalaman berdepan pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa mempunyai banyak kerenah dan sentiasa mencari alasan untuk pulang awal ke negara asal sebelum kontrak tamat.
Dakwa pengadu, bibiknya sering mogok, hilang mood dan lebih suka terbaring dengan alasan tidak sihat meskipun tiada tanda-tanda mengalami kesakitan.
Dalam hantaran di Threads, wanita itu berkata sungguhpun demikian dia tetap membawa pembantu rumahnya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik.

Pembantu rumah sepatutnya bekerja dengan jujur demi meringankan tugasan majikannya. -Gambar hiasan AI
"Saya faham kalau bendera Jepun tengah berkibar (datang bulan), tapi ini tidak. Ini sakit yang dibuat-buat. Dia selalu cakap nak balik sana (negara asal). Jadi kita bawalah pergi klinik. Cerita dekat doktor tentang keadaan orang gaji saya.
"Apabila doktor selesai buat pemeriksaan, dia suruh maid tunggu di luar bilik. Doktor nak bacakan 'diagnosis' dengan saya. Dipendekkan cerita, doktor bagi dia vitamin je.
"Saya tanya, dia kekurangan vitamin ke? Doktor cakap maid saya ni sihat je. Ini memang perkara (helah) biasa dibuat orang gaji dari negara seberang," ceritanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerja tak jalan tapi asyik tidur! Wanita hilang sabar hadap perangai bibik malas, berjam-jam terbongkang atas sofa
ARTIKEL BERKAITAN: Bibik suka ‘membuta’, bangun lewat! Wanita ‘angin’ anak nak pergi sekolah uniform masih basah, lupa jemur sebelum tidur
Menurut wanita itu lagi, doktor yang ditemui juga turut memberi peringatan tentang tipu helah lain golongan pembantu rumah.
"Doktor ni ada ramai maid yang kerja dengan dia, keluarga, kawan dan pesakit lain. Modus operandi orang gaji ni ialah dengan banyak makan benda masam.
"Mereka makan asam paya, mangga muda, limau kasturi atau apa-apa saja agar senang demam. Kemudian akan minta balik ke kampung.
- Majikan dakwa pembantu rumah selalu meragam dan buat alasan sakit.
- Bibik dikatakan mahu pulang awal sebelum kontrak tamat.
- Pemeriksaan doktor sahkan dia sihat, hanya diberi vitamin.
- Didakwa ada pembantu rumah sengaja makan masam untuk mudah demam.
- Warganet tampil beri pengalaman senada selepas perkongsian dibuat.
"Jadi apabila balik rumah daripada klinik, saya suruh berehat dan tidur. Kontrak belum habis dah nak balik. Keluarga saya buat tak tahu je la," ujarnya lagi.
Katanya, itu hanya sebahagian kecil daripada pelbagai kisah mengenai pembantu rumah yang pernah dialami dan didengarinya sebelum ini.
Di ruangan komen, beberapa warga maya turut bersimpati dan ada yang berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi serupa.
"Saya dah tiga kali tukar orang gaji. Yang pertama tu belum masuk seminggu dah curi duit masuk bra. Yang kedua, kontrak tak habis lagi tapi dah sibuk nak balik. Selalu pening kepala," ujar seorang netizen.


