HIDUP dalam keluarga besar memang ada cabarannya apatah lagi apabila masing-masing sedang berusaha membina kehidupan sendiri.
Seorang wanita meluahkan rasa buntu mengenai sikap adik bongsunya yang kini berusia 19 tahun dan tidak menyambung pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Katanya, keputusan itu bukan kerana keluarga menghalang, sebaliknya mereka melihat adiknya tidak sesuai untuk hidup di luar dengan keadaan ekonomi sekarang.

Seorang lelaki sepatutnya cari ikhtiar untuk memikirkan hala tuju kehidupan sendiri selepas tamat pengajian di sekolah. -Gambar hiasan AI
"Dalam kesibukan hidup ni, adik saya yang bongsu ni tercicir. Dia macam lain sikit. Suka melawan dan kalau bercakap dengan ibu pun macam kawan.
"Bukan saya tak cuba nak bantu dan faham (situasi) dia. Waktu dia nak SPM dulu, memang saya dah habis-habisan gesa dia untuk belajar.
"Tapi dia tak ada kesedaran. Sekarang apabila tengok kawan-kawan semua belajar, dia salahkan ibu tak benarkan dia belajar. Hakikatnya dia memang tak nak belajar," jelas si kakak.
ARTIKEL BERKAITAN: Geram adik umur 30 tahun malas kerja, hidup menempel dengan ibu... RM2 pun tak ada - “Ringan je tangan nak penampar”
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gaji rendah tetap sara keluarga lepas mak ayah meninggal... Adik umur 32 tahun goyang kaki, bagi alasan perempuan tak wajib kerja
Jelas wanita itu, adik-beradiknya yang lain turut membantu meringankan tanggungan keluarga memandangkan ibunya kini berstatus ibu tunggal.
Namun apa yang mengecewakan apabila berlaku pertengkaran antara adiknya dengan ibu mereka sehingga meninggikan suara dan menuding jari ke arah wajah wanita itu.
"Ibu saya kerja di kantin sekolah. Sehari gaji RM50 dan adik-beradik lain banyak tolong daripada segi bayar sewa rumah dan segala kelengkapan harian.
- Wanita buntu dengan sikap adik bongsu yang suka melawan dan gagal sambung belajar.
- Keluarga tidak menghalang, cuma yakin dia belum bersedia hidup berdikari.
- Ibu tunggal kerja kantin gaji RM50 sehari, adik-beradik lain bantu sara keluarga.
- Adik bertengkar dengan ibu sampai menuding jari ke muka kerana rasa dipersalahkan.
- Netizen nasihat biar dia berdikari dan belajar urus hidup sendiri.
"Kali ini dia bergaduh sambil tunjuk-tunjuk jari (tuding jari) dekat muka ibu. Apabila kami tanya, dia kata dia tak bersalah. Ibu yang buat dia marah. Ibu yang pukul dia dulu.
"Ibu berpuasa jadi lepas balik kerja dia penat sangat. Adik pula dekat ruang tamu duduk menyanyi tak ingat dunia sebab tu ibu marah," ujarnya lagi.
Perkongsian wanita ini mengundang pelbagai pandangan netizen.

Komen sebahagian netizen mengenai hal tersebut.
Rata-ratanya berpendapat supaya mereka sekeluarga memberi kelonggaran kepada adiknya supaya berdikari memandangkan dia pun sudah dewasa.
"Saranan saya biar dia hidup sendiri dekat luar. Jangan bantu, biar dia tahu apa itu berdikari. Berjuang untuk hidup sendiri, jangan takut dia rosak.
"Sekurang-kurangnya dia belajar, kalau awak atau famili sekat dia, dia akan rasa senang sebab semua ada depan mata," komen seorang netizen.


