suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendakwah popular direman bantu siasatan salah guna kuasa dana pusat pengajian agama di Sungai Petani

Seorang pendakwah terkait dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana sebuah pusat pembangunan dan pendidikan agama terkenal di Sungai Petani, Kedah.

MAHKAMAH Majistret membenarkan dua individu termasuk seorang pendakwah popular direman sehari pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana sebuah pusat pembangunan dan pendidikan agama terkenal di Sungai Petani, Kedah.

Difahamkan pendakwah lelaki berkenaan bersama suspek wanita itu bersubahat meluluskan dana awam berjumlah RM600,000.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Noorfazlina Musa selepas permohonan dibuat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

Siasatan dijalankan oleh SPRM Kedah bersama Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) sejak Oktober tahun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sementara itu di media sosial orang ramai mula berteka-teki tentang identiti pendakwah terbabit.

Kebanyakannya menjurus kepada individu yang sering mucul dalam program dakwah pada waktu pagi di sebuah stesen televisyen.

Artikel Lain