suria
mStar - Urban.Versatil

Anak mahu ceburi dunia lakonan, Diana Danielle tak sampai hati nak beri izin

Diana (kiri) tidak bersetuju sekiranya anaknya mahu menceburi bidang lakonan.

BAHARU berusia 13 tahun, pelakon Diana Danielle memberitahu anak lelakinya, Muhammad kini mula menunjukkan minat untuk menceburi bidang lakonan. 

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata, Muhammad sudah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk berlakon selepas melalui pengalaman pertamanya ketika berusia enam tahun.

"Anak saya banyak kali minta berlakon lagi. Kali terakhir berlakon waktu itu umur dia (Muhammad) 6 tahun. 

Perkongsian Diana di Threads menarik perhatian ramai.

Perkongsian Diana di Threads menarik perhatian ramai.

"Dia dah mula tunjuk minat nak berlakon tapi saya tak nak bagi," katanya. 

Diana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Diana mengakui sebagai ibu dia berasa serba salah untuk memberi keizinan kerana bimbang dengan cabaran dunia hiburan yang perlu ditempuh pada usia muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle kongsi keadaan anak alami lumpuh muka secara tiba-tiba… “Terdapat beberapa perkataan Muhammad tidak dapat sebut”

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Diana Danielle gugur dengar Muhammad minta maaf, sebak bila anak luah rasa bersalah

"Saya mahu 'simpan' dia selamanya tapi takut nanti rasa terkongkong. 

"Budak lelaki 13 tahun yang dah mula fikir nak bina masa depan sendiri, itulah masalahnya," ujarnya. 

Untuk rekod, Muhammad merupakan anak sulung Diana hasil perkahwinan dengan pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012.

Diana berat hati untuk melepaskan anak-anak bergiat dalam bidang lakonan.

Diana berat hati untuk melepaskan anak-anak bergiat dalam bidang lakonan.

Pasangan ini kemudian bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Mahligai perkahwinan Diana dan Farid sekali lagi berakhir dengan penceraian pada 24 Mac 2025.

Selain Muhammad, pasangan itu turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Aurora yang kini berusia 10 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain