SELEPAS teruk dikritik netizen gara-gara berpakaian mencolok mata ketika menghadiri majlis ‘gender reveal’ awal Februari lalu, penyanyi muda, Thalita akhirnya tampil bersuara.Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra Shahmira, 13, berkata dia berlapang dada menerima setiap teguran dan berharap orang ramai terus mendoakan perubahan dirinya ke arah lebih baik. “Saya mengambil iktibar dan berterima kasih kepada sesiapa yang tegur saya. Thalita sudah terima teguran daripada bapanya, Shuib.“Insya-Allah doakan saya supaya dapat berpakaian lebih sopan dan bertudung kelak,” katanya kepada mStar.Thalita berkongsi perkara itu ketika menghadiri acara Gempak Most Wanted Award yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.Sementara itu, bapanya yang juga pelawak, Shuib menegaskan kejadian tersebut tidak akan berulang dan mengakui sudah menegur anaknya pada hari kejadian.ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau kecaman buat dia jadi lebih baik, salah ke?” – Watie pertahankan pemakaian ThalitaARTIKEL BERKAITAN: Pakai gaun tayang bahu, penampilan Thalita dikritik tak sesuai dengan usia“Insya-Allah tidak akan berulang lagi. Sebagai ayah sudah tentu saya sangat ambil berat. Pada hari kejadian saya sudah beri teguran.“Saya jenis yang beri reaksi lembut, tapi ada tindakan berat selepas itu,” katanya.Dalam pada itu, ibu tirinya, Watie Hanifiah turut mengakui terdapat kekhilafan daripada pihaknya berhubung pemilihan pakaian berkenaan.Menurut Watie, dia yang menguruskan busana Thalita pada hari tersebut dan tidak menyalahkan pereka fesyen kerana rekaan itu adalah atas permintaan mereka sendiri. Shuib beritahu tidak mahu Thalita memakai rekaan seperti itu lagi.WATIEISTERI SHUIBMalah dia juga menerima teguran dengan hati terbuka termasuk nasihat suaminya dan menyampaikan perkara itu kepada Thalita sebagai satu bentuk pengajaran bersama.“Daddy (panggilan Shuib) sudah tegur sebaik tiba di lokasi dan terkejut melihat pakaian tersebut. Namun teguran dibuat secara lembut kerana kami berada di acara dan tidak mahu mengganggu suasana.“Bila balik ke rumah, Shuib beritahu tidak mahu Thalita memakai rekaan seperti itu lagi.Shuib dan Watie akan jaga penampilan Thalita selepas ini."Bila berdua dengan Thalita, saya beritahu daddy tegur tentang pakaiannya. Kami semua ambil iktibar daripada kejadian ini,” jelasnya.Pada 1 Februari lalu, Thalita dilihat anggun mengenakan gaun labuh rona merah jambu dengan rekaan off-shoulder semasa acara gender reveal.Perkara itu mengundang kecaman ramai yang berharap agar ibu bapanya memantau penampilan Thalita yang masih remaja.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!