suria
mStar - Urban.Versatil

50 selebriti terkenal hangatkan 'Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026', sarat program kerohanian

Kehadiran ramai selebriti hangatkan festival Let's Raya Gegak Gempita Raya 2026.

FESTIVAL membeli-belah, Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 yang bakal berlangsung pada Mac ini berjaya menghimpunkan 50 barisan artis popular tanah air. 

Walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh singkat, pengarah festival yang juga pengacara Kelly Azman bersyukur kerana ramai selebriti sudi mengambil bahagian meskipun sibuk dengan komitmen Ramadan.

“Pemilihan artis agak mencabar kerana perancangan dibuat dalam tempoh singkat. 

Let's Raya Gegak Gempita Raya 2026 adalah kali pertama Kelly menganjurkan festival raya.

"Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan nama-nama besar seperti Datuk Jamal Abdillah, Alpha, Ernie Zakri, Hael Husaini, Nadeera Zaini dan Syamel untuk acara persembahan.

“Selain itu, kami juga memberi peluang kepada ramai selebriti untuk berniaga dan mencari rezeki. Setakat ini 40 artis akan berniaga dalam karnival ini,” katanya kepada mStar.

Selain persembahan artis, festival itu turut menawarkan aktiviti mesra keluarga seperti cabutan bertuah, pertandingan azan kanak-kanak, dan paling ditunggu-tunggu segmen hujan duit bernilai RM1,888 pada setiap sesi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecaman tak jadi kudis, Kelly Azman bakal tampil 14 lagu cover sepanjang tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Azman percaya pada bakat, tak patah semangat demi peminat

Dalam pada itu, Kelly atau Raja Azman Raja Ayob, 49, mengakui penganjuran festival berskala besar itu adalah percubaan pertamanya dan merupakan satu langkah berani. 

“Ini percubaan pertama saya menganjurkan festival raya bertaraf antarabangsa. Saya tidak meletakkan jangkaan terlalu tinggi kerana mahu mula daripada bawah dan memperkenalkan jenama Let’s Raya kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu. 

"Apa yang penting, kita mulakan sesuatu yang realistik dan beri peluang kepada semua untuk turut serta,” jelasnya.

Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 bakal berlangsung 88 jam tanpa henti.

Tambah Kelly, festival yang dianjurkan bukan dilihat sebagai persaingan dengan penganjuran lain, sebaliknya memberi ruang kepada usahawan tempatan untuk mencari rezeki sepanjang Ramadan.

“Saya sedar masih baru dalam penganjuran festival sebegini. Tahun ini mungkin rezeki saya untuk melangkah setapak lagi dan memberi peluang kepada usahawan mencari rezeki sepanjang bulan puasa nanti,” ujarnya.

Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 bakal berlangsung 88 jam tanpa henti di Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC) dari 12 hingga 15 Mac.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain