suria

Kelly Azman percaya pada bakat, tak patah semangat demi peminat

Kelly kalis kecaman.

SEDAR kemunculannya sebagai penyanyi tidak disenangi netizen, selebriti Kelly Azman bagaimanapun tidak pernah berasa patah semangat.

Dia percaya pada bakat sendiri dan ada segelintir peminat yang terus memberi sokongan kepadanya untuk terus bereda dalam industri.

"Sejak muncul dengan lagu pertama lagi ramai yang sudah kecam dan katakan suara saya tidak sedap dan saya tidak boleh bertahan dalam industri seni ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Azman! Suara ‘sumbang-mambang’ berani mati anggap klon Misha Omar

ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Azman Mengaku Syok Sendiri

"Bagaimanapun saya tidak pernah putus semangat. Saya percaya pada bakat sendiri dan tahu ada tone suara yang boleh menyanyi.

"Walau ramai yang kecam, ada juga memberi semangat. Disebabkan sokongan mereka saya terus bertahan memperjuangkan bakat seni," katanya kepada mStar.

Terbaharu, Kelly muncul dengan lagu raya berjudul Nikmat Di Hari Raya, duet bersama penyanyi Ismaliza Ismail.

Bercakap tentang lagu tersebut, kata Kelly ia sepatutnya dilancarkan pada tahun lalu, namun disebabkan beberapa masalah yang berlaku, ia tidak tidak dapat dilaksanakan.

Saya percaya pada bakat sendiri dan tahu ada tone suara yang boleh menyanyi

KELLY AZMAN

PENYANYI

“Idea untuk menghasilkan lagu ini datang dengan spontan bersama Isma. Semuanya dipermudahkan biarpun menghadapi rintangan dan akhirnya lagu ini muncul selepas setahun menanti.

“Lagu ini mengisahkan mengenai nikmat untuk kembali meraikan lebaran bersama keluarga dan teman tersayang pada tahun ini selepas dua tahun tidak bersama kerana Covid-19,” jelasnya.

Tampil dengan lagu tersebut, Kelly cukup bersedia jika sekali lagi dia menerima kecaman hebat netizen.

kelly 11

Kelly berduet dengan Isma dalam lagu Nikmat Di Hari Raya.

Bagi Kelly kritikan itu akan dijadikan satu pengajaran untuknya memperbaiki setiap kelemahan dalam diri sendiri.

“Saya tahu, tampil dengan lagu raya kali ini pun akan ada yang mengkritik. Biarlah apa sahaja yang mahu dikatakan... saya terima.

“Setiap teguran dan kritikan itu saya ambil dan jadikan sebagai satu pengajaran. Jika ada yang tidak suka, saya akan perbaiki lagi mutu nyanyian di masa akan datang,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain