SAMBUTAN Aidilfitri kali ini sedikit berbeza buat penyanyi Syura apabila dia kembali kembali bergelar isteri. Walaupun pernah melalui momen itu pada perkahwinan terdahulu, Syura, 36, mengakui bimbang juadah dan masakannya tidak menepati citarasa suami dan keluarga mentua. ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan tahun jadi ibu tunggal, Syura Badron kembali bergelar isteri ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman bercerai buat Syura fobia kongsi hubungan cinta, jejaka muda 8 tahun berjaya buka hati kahwin semula “Dia (suami) sudah biasa dengan juadah raya yang dimasak oleh ibunya. Jadi takut juga kalau kali ini saya masak tidak kena dengan selera dia. “Bukan senang mahu tandingi air tangan ibu mentua. Jadi tahun ini saya akan cuba sebaik mungkin untuk menyediakan juadah buat keluarga sebelah suami. “Suami tidaklah terlalu memilih dalam hal makanan, cuma dia ada request nak sambal goreng pengantin iaitu sebuah menu tradisi masyarakat Jawa,” katanya kepada mStar. Bukan senang mahu tandingi air tangan ibu mentua SYURA PENYANYI Syura bernikah dengan jejaka pilihannya bernama Farizat Ismail pada 22 Januari lalu di Masjid As Salam, Puchong Perdana. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Syura selepas berpisah dengan bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan terdahulu Syura dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 13, Nurul Qaisara Sofia, 11, dan Muhammad Irfan Aryan, 9. Farizat berjaya menambat hati Syura untuk kembali mendirikan rumah tangga. Bercakap tentang keterujaan melakukan persiapan raya tahun ini, kata Syura pastinya dia memilih warna baju sedondon dengan suami untuk dipakai di pagi raya. Dia juga akan menyambut hari raya di kampung halaman suaminya dia Banting, Selangor sebelum pulang ke Johor bersama keluarga sendiri. “Sebelum ini hanya lihat baju secara online atau pilih sahaja mana-mana yang saya suka. Tetapi Tahun ini kenalah sedondon dengan suami. “Untung suami saya dapat isteri yang dah ada pengalaman berkahwin. Saya sangat memahami dan tak perlu nak gaduh balik raya di mana. Tahun ini saya ikut dahulu raya di kampung suami,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI