suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas dinaiki Erma Fatima, Saiful Nizam Ismail terbabit kemalangan di Madinah

Erma dan Saiful Nizam terlibat dalam kemalangan.

PENERBIT Erma Fatima dan personaliti TV, Saiful Nizam Ismail berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid Al- Nabawi, Madinah pada malam Sabtu.

Kejadian dipercayai berlaku ketika bas membawa seramai 20 penumpang itu melanggar sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan.

Menurut Saiful Nizam, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba namun keadaan berjaya dikawal dengan baik oleh pemandu bas.

Erma cerita semula detik kemalangan yang berlaku.

“Alhamdulillah semuanya selamat. Bas kami terlanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Masjid Nabawi selepas pulang daripada melawat kebun kurma kira-kira jam 9 malam. 

“Dalam bas ada 20 orang penumpang, termasuk Erma. Syukur tak ada sesiapa yang cedera, cuma masing-masing terkejut dengan insiden itu,” katanya ketika dihubungi mStar. 

Menurut Saiful, dia menyifatkan kemalangan kecil yang berlaku sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima tak tahu perselisihan Puteri Balqis dan Mia Sara, fokus hasil karya bukan gosip di lokasi penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Saiful Nizam anggap peluang jadi pengacara pada hari bahagia Raja Muda Selangor satu penghormatan

“Apa yang terjadi adalah kenangan manis yang akan terpahat untuk ziarah kali ini.

“Mujur tiada perkara yang serius. Kami semua baik-baik saja dan kini meneruskan aktiviti ziarah seperti biasa,” katanya yang akan berangkat pulang ke tanah air pada malam Ahad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain