DALAM masyarakat kita, ada yang sanggup menggunakan 'cara kotor' seperti sihir hanya kerana tidak senang melihat orang lain lebih berjaya atau menonjol.
Begitulah yang berlaku terhadap seorang pekerja cemerlang yang didakwa menjadi mangsa sihir rakan sepejabat selepas kerap bermimpi perkara aneh dan pelik.
Menurut cerita rakan sepejabat mangsa di Threads, ustaz yang merawatnya memaklumkan bahawa gangguan itu dipercayai berpunca daripada perasaan dengki dalam kalangan rakan sekerja.

Hati-hati dalam memilih rakan di tempat kerja. -Gambar hiasan AI
"(Bangsa) Melayu tak pernah lari daripada mengamalkan sihir. Ada seorang daripada top staff (pekerja cemerlang) luah yang dia mimpi bukan-bukan.
"Mimpi ularlah, bayilah. Jadi bila dia pergi rawatan Islam, katanya (punca) satu ofis juga," ceritanya mengenai apa yang dialami mangsa.
Difahamkan, mangsa adalah seorang individu yang sangat menonjol di tempat kerja dan disenangi ramai kerana sikapnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kes kecurian kedai joran... Tauke dan staf mati mengejut, polis penyiasat alami kemalangan aneh
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas air di meja ofis diletak sihir, wanita derita sakit teruk! Musuh 'berjaya' buat dirinya berhenti kerja
Namun tanpa disangka prestasi cemerlang dalam menjalankan tugas membuatkan ada pihak lain yang tidak senang melihatnya.
"Ye la kalau rajin ditambah pula dengan 'perform' (prestasi kerja baik) mestilah orang akan suka.
"Lainlah kalau dia jenis 'jilat' (mengampu) je tapi tak ada hasil apa-apa. Sumpah jahat," luah individu berkenaan mengenangkan nasib rakannya.
- Pekerja cemerlang didakwa disihir rakan sekerja yang dengki dengan prestasinya.
- Dia alami mimpi pelik sebelum dirawat dan diberitahu ada unsur sihir di pejabat.
- Netizen anggap perkara begini biasa berlaku di tempat kerja.
- Sihir adalah dosa besar dan perbuatan syirik dalam Islam.
- Umat Islam digalakkan amalkan doa pelindung dan jauhi sifat hasad dengki.
Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak terkejut mendengar kisah ini, malah menganggap ia sudah menjadi perkara biasa di mana-mana syarikat atau pejabat.
"Ni (hal) biasa. Pergi mana-mana pun ada je perangai macam ni. Spesis PHD (perasaan hasad dengki). Tak boleh tengok orang berjaya. Dia lupa kuasa Allah tu ada.

Individu yang menggunakan ilmu hitam tidak akan 'cium' bau syurga. -Gambar hiasan AI (kanan)
"Bukan Melayu je awak. Bangsa lain pun ada (sihir) juga tapi jarang dengar," komen beberapa netizen.
Dalam Islam, perbuatan sihir hukumnya berdosa besar dan termasuk dalam amalan syirik kerana melibatkan bantuan jin serta unsur khurafat.
Mereka yang mengamalkan sihir atau ilmu hitam tidak akan masuk syurga dan amalan mereka tidak diterima jika tidak bertaubat.


