suria

Penghuni dibiar nampak terabai, tidur atas tilam hancing... Individu bongkar modus operandi pengurus rumah kebajikan raih simpati

Selain wang tunai, barangan keperluan harian seperti makanan dan pakaian turut diperlukan penghuni rumah kebajikan. -Gambar hiasan AI

PROGRAM kebajikan yang sepatutnya menjadi wadah membantu golongan rentan didakwa disalah guna segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu dibangkitkan seorang individu apabila mendakwa pengurus sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Pahang menyeleweng sumbangan orang ramai demi kepentingan sendiri.

"Beberapa tahun lalu, kami bantu rumah orang tua di Kuantan bagi program korporat selama setahun.

"Memang setahun sekali akan hantar makanan kering untuk kelangsungan hidup mereka dan tahun itu kami upgrade.

Rumah kebajikan dan warga emas sering didatangi pasukan sukarelawan. -Gambar hiasan AI

Rumah kebajikan dan warga emas sering didatangi pasukan sukarelawan. -Gambar hiasan AI

"Kami bayarkan bil, belikan tilam, kemaskan rumah dan banyak lagi," kongsinya di Thread.

Bagaimanapun pengadu terkejut apabila mendakwa kunjungan mereka ke rumah kebajikan berkenaan akhirnya membawa kepada pembongkaran salah laku pihak pengurusan.

Mengakui kecewa dengan perkara tersebut, pihaknya mengambil keputusan untuk menghentikan semua bantuan yang disalurkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bodoh, kedekut betul bagi RM1 je!” - Individu tumpah air mata dihina pengemis, terus jadi tak ikhlas... Rasa malu nak bersedekah lagi

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi seorang seringgit guys” - Pengguna Facebook hilang rasa malu, mengemis derma orang ramai nak bayar hutang RM4,700

"Aku sound pengurus rumah tu... penipu, wayang, makan duit orang!

"Dia tak mahu kami bayarkan bil tertunggak tapi nak wang tunai. Tapi kami ambil juga nombor akaun dan selesaikan bil.

"Kemudian dia juga enggan buka stor. Akhirnya kami jumpa beras, makanan kering yang dah tamat tempoh bertahun-tahun, ada lipas dan semuanya dah busuk," tambahnya lagi.

  • Pengurus rumah kebajikan didakwa seleweng sumbangan.
  • Stor dipenuhi makanan tamat tempoh dan tilam bantuan tak digunakan.
  • Dakwa sengaja biar bil tertunggak raih simpati.
  • Individu hentikan semua bantuan lepas terbongkar penipuan.
  • Netizen kecam pihak ambil kesempatan atas penderma.

Susulan itu lelaki ini turut mendakwa pihak pengurusan pusat jagaan terbabit mempunyai dua modus operandi bagi mendapat perhatian dan simpati masyarakat.

"Dia biarkan bil tertunggak untuk dapatkan simpati dan yang keduanya biarkan warga tua nampak terabai," ujarnya kecewa.

Lebih menambah rasa sedih apabila dia mendakwa bantuan tilam dan bantal yang disalurkan tidak digunakan sebaiknya.

"Segala tilam, bantal yang kami belikan untuk ganti yang sudah kepam, hancing dan berkulat semuanya tidak digunakan," katanya lagi.

Netizen meluahkan rasa bimbang dengan pendedahan tersebut.

Netizen meluahkan rasa bimbang dengan pendedahan tersebut.

Tambahnya, pengalaman tersebut membuka mata terhadap kemungkinan wujud segelintir pengurus rumah kebajikan yang mengambil kesempatan atas simpati orang ramai.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

"Inilah yang terjadi apabila setiap perkara dijadikan peluang perniagaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kalau awak buat aduan, awak dapat bantu orang tua yang dipergunakan dan hapuskan penipu.

"Orang Malaysia ni sebenarnya sangat pemurah, kalau semua pihak berusaha dan jujur, saya rasa tak ada yang miskin tegar," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain