suria

Lelaki serba salah nak bahagiakan isteri, mak masih kawal duit belanja - “Beli emas pun tanya macam-macam”

Seorang ibu sepatutnya tidak masuk campur urusan peribadi anak yang sudah berkahwin. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa serba salah untuk bersikap jujur dengan ibunya sendiri memandangkan ratu hatinya itu suka mengawal perbelanjaannya walaupun sudah lebih sedekad mendirikan rumah tangga.

Menurut lelaki itu, dia berasa rimas memandangkan ibunya pasti akan bersoal jawab jika dia membelanjakan wang untuk membeli sesuatu buat isterinya.

"Pelik tak... aku sebagai ketua keluarga yang dah 11 tahun usia perkahwinan, tapi mak aku masih kawal kewangan aku. Beli barang kemas untuk isteri pun tanya macam-macam.

"Pernah je tegur mak yang aku dah ada kehidupan sendiri. Bukan niat membelakangkan mak sendiri," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Seorang suami perlu menjaga perasaan isteri supaya tidak terasa hati dengan keputusan dibuat. -Gambar hiasan AI

Tambahnya, ibunya memberi alasan bahawa dia akan tetap melayannya seperti anak kecil tanpa mengira sama ada sudah berkahwin atau masih bujang.

"Alasan dia tak kisahlah berkahwin ke bujang, dia akan layan macam budak kecil. Apa nak buat… melebih nanti kena buang keluarga pula," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat lelaki itu tidak perlu berkongsi setiap perkara mengenai kehidupannya dengan ibunya.

Malah ada juga netizen menasihatkan lelaki itu supaya membuat keputusan yang lebih tegas demi menjaga rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau pukul bini aku, aku pukul kau kaw-kaw” - Ibu menangis anak lebihkan isteri, pernah ditelanjangkan menantu 'dari seberang'

ARTIKEL BERKAITAN: Dah la PJJ, lebihkan emak pula! Isteri bengang suami sering mungkir janji dengan anak demi santuni ibu

"Baik abang cepat buat keputusan sebelum isteri 'cabut' (tinggalkan). Nanti menyesal kemudian hari. Jadi ketua keluarga kena berfikir lebih.

"Sebagai ketua keluarga, tak payah nak bercerita A hingga Z dekat mak tu. Pandai la tepis kalau dia banyak tanya.

"Tak payah la cerita jika awak beli apa-apa untuk isteri. Kesian nanti isteri pula makan hati. Diam-diam je hal suami isteri. Kalau mak tengok ada emas baharu, suruh je isteri tu cakap orang bagi," komen beberapa netizen.

  • Lelaki dakwa mak masih kawal kewangan walaupun 11 tahun kahwin.
  • Nak beli emas untuk isteri pun dipersoal ibu.
  • Pernah tegur sudah ada kehidupan sendiri.
  • Ibu tetap anggapnya seperti anak kecil.
  • Netizen nasihatkan agar lebih tegas sebagai ketua keluarga.

Cara suami melayan ibu dan isteri dengan betul

Menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, seorang suami boleh melebihkan ibunya, namun dilarang mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri.

Dalam masa sama, suami juga tidak wajar menunjuk-nunjuk di hadapan isteri apabila melebihkan ibu, contohnya dengan memberi wang secara terbuka.

Azhar menjelaskan bahawa ibu perlu diutamakan daripada segi penghormatan yang tertinggi, manakala isteri pula diutamakan dalam pembahagian masa serta keperluan rumah tangga tanpa memudaratkan mana-mana pihak.

Artikel Lain