Bapa dan anak tiri perlu menjaga batas pergaulan walaupun mereka hidup bersama sebagai keluarga. -Gambar hiasan AI
HUBUNGAN kekeluargaan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melanggar batas pergaulan, apatah lagi jika melibatkan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.Di Thread, seorang lelaki meraih perhatian ramai selepas berkongsi tentang anak tiri perempuannya yang didakwa terlalu manja dan mengada-ngada. "Aku seorang lelaki berumur 39 tahun. Isteri aku lewat 40-an. Rezeki kahwin dengan janda pakej anak dua orang. Si kak long umur 21, yang bongsu masih sekolah.Pergaulan tanpa batas antara bapa dan anak tiri boleh menimbulkan fitnah. -Gambar hiasan AI"Sekarang ni aku tak selesa, kak long suka menempel dengan aku. Aku kata tak manis orang tengok, tapi dia tak peduli. Mak dia tak tegur apa-apa pun. "Aku ni yang hantar dan ambil kak long ke kolej. Makan, shopping sama-sama... dah macam couple. Ada satu hari tu dia mesej panggil aku baby," tulis lelaki itu.Menurut lelaki itu lagi, dia bimbang perbuatan anak tirinya boleh menyebabkan konflik dalam rumah tangganya.Lelaki dakwa sering digoda anak tiri perempuannya yang berusia 21 tahun.Dia dan anak tirinya kerap keluar bersama kerana sering menghantar gadis itu ke kolej.Dia bimbang perbuatan tidak manis anak tirinya boleh menimbulkan fitnah ke atas dirinya.Ramai netizen minta lelaki itu terus terang dengan isterinya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dah empat tahun kami kahwin, tapi aku belum dapat zuriat sendiri. Aku tak kisah pun. Tapi sekarang aku risau dengan kak long. Makin lama makin menjadi-jadi kak long ni."Masa orang sambut Hari Kekasih, kak long ajak aku birthday dinner. Isteri tak join sebab kerja. Aku pergi niat nak sambut birthday, tapi set up meja macam sambut Valentine."Buat masa ni aku layan je, asal tak melebihi batas. Kalau dah lebih, terpaksalah beritahu isteri aku. Ke isteri aku yang suruh anak dia try aku? Mungkin nak uji," tulisnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Abang angkat kini bapa tiri, betul ke ada ‘plot twist’? Beza umur dengan ibu 20 tahun, gadis ini anggap dah jodohARTIKEL BERKAITAN: Anak akhirnya dapat tarawih bersama bapa tiri... Dulu disimbah gulai sebab ajak ayah kandung ke masjidRata-rata netizen di ruangan komen meminta lelaki itu agar berterus terang dengan isterinya bagi mengelakkan sebarang salah faham pada masa akan datang."Lebih baik terus terang dengan isteri. Biar mak dia pula tegur. Bahaya kalau biar lama-lama. Takut jatuh dalam perangkap nanti."Makin lama kau rahsiakan, makin kecewa bini kau nanti. Tak boleh biar anak tiri buat macam tu, nanti hubungan dengan bini pun rosak," tulis netizen.