suria

Wanita rasa ‘semacam’ mentua asyik curi-curi pandang, rupanya intai 2 utas gelang emas baharu - “Ingat pakai duit anak dia?”

Setiap wanita pasti tertarik dengan barang perhiasan emas. -Gambar hiasan AI

SETIAP orang mempunyai cara tersendiri untuk memberi reward pada diri sendiri atas kejayaan yang diperoleh.

Melakukan perkara sama, seorang wanita membeli dua utas gelang emas menggunakan duitnya sendiri sebelum pulang ke kampung mentuanya.

Namun tanpa disangka, gelang tersebut menarik perhatian ibu mentuanya.

"Aku beli dua utas gelang emas baru, pakai duit sendiri.

Barang kemas boleh mengerat silaturahim antara ibu mentua dan menantu. -Gambar hiasan AI

Barang kemas boleh mengerat silaturahim antara ibu mentua dan menantu. -Gambar hiasan AI

"Balik kampung, ibu mentua aku asyik curi-curi pandang tapi tak tegur pun pasal gelang tu," kongsinya di Thread.

Beranggapan situasi yang berlaku itu sebagai normal, dia bagaimanapun tidak menyangka ibu mentuanya tiba-tiba menunjukkan gambar gelang emas.

Malah katanya, tingkah laku tersebut berlarutan beberapa kali sehingga menimbulkan tanda tanya tentang apa yang terbuku di hati mentuanya.

  • Wanita beli dua utas gelang emas guna duit sendiri sebagai ‘reward’.
  • Ibu mentua asyik curi-curi pandang gelang ketika dia pulang ke kampung.
  • Warga emas itu kemudian beberapa kali tunjuk gambar gelang emas kepadanya dan suami.
  • Wanita jelaskan gelang tersebut dibeli menggunakan wang sendiri.
  • Perkongsian itu menghiburkan netizen yang turut berkongsi pengalaman sama.

"Dia (ibu mentua) asyik tunjuk gambar gelang emas dekat aku dan suami," tambahnya yang terkejut dengan tingkah laku ibu mentuanya.

Menyedari rupanya ibu mentua seolah-olah mengharapkan barang perhiasan yang sama, dia kemudiannya menyatakan bahawa gelang tersebut dibeli menggunakan duit sendiri.

Pada masa sama, dia memaklumkan bahawa suaminya mungkin mengambil masa yang lama untuk membelikannya barang kemas.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu terkedu, hati budi mentua terbongkar lepas 'tipu' suami belikan emas! - "Dalam Islam, mak nombor satu"

ARTIKEL BERKAITAN: Demi tebus barang kemas di kedai pajak, bakal mentua ‘cekau’ RM8,000 wang hantaran anak… Pemuda terus bersemuka!

"Dia ingat aku pakai duit anak dia gamaknya. Lambat lagi nak dapat dari dia, mak," ujarnya ringkas.

Situasi yang dikongsikan itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya rasa terhibur akan kelakuan ibu mentua wanita terbabit.

"Mak mak ni ingat anak dia berduit sangat ke? Padahal bulan-bulan pinjam dengan isteri.

"Kalau isteri tak bekerja, dari atas sampai ke bawah dia tengok gelang emas baru kau," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain