suria

Baju raya anak bini tak beli, tapi belanja adik sendiri beg tangan! Hati isteri remuk sikap suami, tegur pun buat pekak telinga

Seorang suami perlu mengutamakan isterinya. -Gambar hiasan AI

PERSIAPAN menyambut Aidilfitri sepatutnya menjadi momen yang membahagiakan bagi setiap keluarga, namun berbeza pula kisahnya bagi wanita ini.

Meluahkan kesedihan dialami, dia berasa rasa terkilan dengan sikap suaminya yang dianggap tidak mementingkan kebajikan keluarga kecil mereka sendiri.

Lebih menambah luka apabila dia terbaca status adik ipar (SIL) yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada suaminya kerana membelikan beg tangan baharu sempena hari raya.

Setiap anak ingin membahagiakan ibu bapa dan keluarganya. -Gambar hiasan AI

Setiap anak ingin membahagiakan ibu bapa dan keluarganya. -Gambar hiasan AI

"Aku nampak SIL update story thanks along belanja beg raya.

"Sedangkan, aku dan anak... bukan setakat beg raya, baju raya pun tak ada lagi," luahnya di Threads.

Adunya lagi, dia sanggup hidup dalam kemiskinan namun tidak dapat menerima sikap pilih kasih ditunjukkan suaminya.

  • Wanita sedih suami belikan beg raya untuk adik, isteri dan anak terabai.
  • Katanya baju raya mereka pun masih belum ada.
  • Terkilan suami sanggup beri pada orang lain walaupun keluarga sendiri susah.
  • Teguran isteri pula langsung tidak diendahkan.
  • Netizen beri sokongan, nasihat suami utamakan nafkah keluarga dulu.

Malah katanya, rasa kecewa semakin membuak-buak selepas suaminya tidak mengendahkan teguran yang diberikan.

"Yang buat hati aku hancur, bukanlah sebab suami tak ada duit tapi sebab dia sanggup memberi pada orang lain.

"Apabila isteri bersuara, dia buat-buat tak dengar," adunya sedih.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk golongan isteri yang berhadapan situasi sama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Laki aku ni bebal!” - Wanita bodohkan suami sendiri, marah tak bersuara isu tema baju raya... Meluat mentua campur tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lebihkan isteri pertama setiap kali Ramadan, Aidilfitri! Wanita kini sedar tak indah jadi bini muda, asyik makan hati

Rata-ratanya menitipkan kata-kata nasihat dan sokongan supaya dia terus kuat berhadapan situasi berkenaan.

"Wahai suami, tolonglah belajar bab nafkah betul-betul dulu dan keluarga mentua tolonglah nasihat anak-anak untuk cukupkan keperluan isteri dahulu.

"Ramai rupanya suami yang suka menunjuk kaya depan orang lain, walhal kayap.

"Kalau suami tak belikan baju raya, saya pakai baju raya lama apabila pergi rumah dia," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain