suria

Air tangan jiran ‘ikat perut’ tunang! Hati wanita ini hancur, bakal suami belikan barang dapur untuk perempuan lain, siap suruh masak

Segelintir individu diuji dengan kecurangan pasangan semasa tempoh pertunangan. -Gambar hiasan AI

HATI mana yang tidak hancur apabila mendapat tahu insan tersayang rupa-rupanya ada hubungan lain di belakang kita.

Begitulah pedihnya perasaan seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa selepas mendapati tunangnya sendiri sanggup berlaku curang dengan jiran terdekat.

Segala-galanya terbongkar apabila wanita ini menemui sekeping foto tunangnya bersama wanita lain di dalam telefon bimbit lelaki berkenaan.

Apa yang lebih memilukan, individu terbabit hanya memberikan alasan remeh kononnya dia cuma meminta pertolongan daripada jiran tersebut.

Jiran tetangga perlu saling bertegur sapa. -Gambar hiasan AI

Jiran tetangga perlu saling bertegur sapa. -Gambar hiasan AI

"Tunang aku keluar dengan jiran, berdua dan kantoi sebab aku jumpa gambar dalam telefon dia.

"Apabila aku chat perempuan tu, dia cakap cuma minta tolong tunang aku. Tapi lepas aku baca chat mereka, tunang aku siap suruh masakkan untuk dia dan cakap nak belikan bahan," luahnya di Thread.

Selepas membaca mesej perbualan tersebut, dia mengakui rasa tertekan selain beranggapan diri sendiri sudah tidak berguna.

Malah katanya, setiap pengorbanan untuk tunangnya itu seolah-olah tidak berbaloi.

"Apa-apa aku buat sendiri di sini, tak mahu bebankan dia. Tapi dia senang-senang je mudahkan urusan perempuan lain.

  • Wanita kecewa tunang curang dengan jiran sendiri.
  • Kantoi selepas jumpa gambar dan baca mesej mereka.
  • Tunang siap minta wanita lain masakkan, janji beli bahan.
  • Dakwa dirinya difitnah ‘mental’, pengorbanan tak dihargai.
  • Netizen nasihat putuskan pertunangan, anggap ujian awal.

"Barang-barang nikah pun aku beli sendirian sebab dia cakap sibuk kerja nak cari duit untuk kahwin, tapi ada masa pula untuk perempuan lain," tambahnya lagi.

Lebih mengejutkan dan sukar untuk diterima, wanita ini mendapat tahu bahawa dia diburukkan oleh bakal suaminya itu sendiri.

Bukan sekadar pengorbanannya tidak dihargai, malah dia dituduh sebagai seorang wanita yang tidak stabil mentalnya.

"Perempuan tu cakap yang tunang nyatakan saya (sakit) mental walhal sayalah yang ada dengan dia. Sanggup berlapar waktu dia tak ada duit, saya korbankan macam-macam sampai saya hilang kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu selekeh, kulit gelap... Dah pandai melawa minta putus tunang! Kakak simpati adik jaga jodoh orang lain, dituduh curang

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang tiba-tiba makan guna sudu garpu, naluri wanita syak ada benda tak kena... Lepas selidik, sah si dia curang!

"Saya tak pernah tinggalkan dia di waktu dia perlukan saya tapi sekarang dia tak pertahankan saya," luahnya sayu.

Situasi yang berlaku itu membuatkan dia seolah-olah enggan meneruskan perkahwinan kerana kecewa dengan sikap tunangnya sendiri.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati selain menitipkan kata-kata nasihat termasuk memintanya mengundur diri.

"Anggap ni sebagai pengajaran mahal dan rezeki Allah tunjuk awal, jangan makan pujuk rayu dan perkataan maaf dia.

"Okey lagi masih dalam fasa tunang berbanding lepas kahwin," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain