suria

Duduk KL bukan alasan... Gadis gaji RM1,800 kongsi lima ‘formula’ simpanan cecah empat angka setahun

Lebihan gaji sepatutnya disimpan untuk kegunaan masa depan. -Gambar hiasan AI

SETIAP individu mempunyai kemampuan kewangan yang berbeza, bergantung pada tahap pendapatan, gaya hidup, serta cara mereka mengurus dan menyimpan wang.

Menurut seorang gadis, wang simpanannya boleh mencecah sehingga empat angka dalam setahun walaupun dia hanya menerima gaji sekitar RM1,800 setiap bulan.

Berikut merupakan lima perkara yang dikongsi gadis itu:

1. Auto transfer

Setiap kali menerima gaji, gadis itu berkata dia akan membuat pengiraan dan terus melakukan pindahan wang. 

Wang yang akan diberikan kepada ibu bapa, duit simpanan, pelaburan serta kos untuk 'berfoya-foya' akan terus diasingkan segera.

2. Had duit

Duit untuk 'berfoya-foya' atau berhibur dihadkan kepada RM200 sahaja sebulan. Duit ini biasanya akan disimpan dalam akaun bank lain.

Sikap boros boleh menyebabkan simpanan seseorang itu semakin susut. -Gambar hiasan AI

Untuk barang keperluan pula, dia meletakkan had RM300, merangkumi produk penjagaan wajah dan tubuh. 

Dia juga membayar RM40 sebulan untuk pelan prabayar dan RM50 untuk kad RapidKL.

RM100 akan diasingkan untuk pelaburan masa depan, contohnya disimpan untuk membeli emas.

Dia juga menyimpan wang lebihan sekitar RM400 ke RM500 setiap bulan.

3. Berhenti 'upgrade' hidup

Menurut gadis itu, dia kekal menggunakan telefon lama sekiranya ia masih berfungsi dengan baik.

Seseorang itu boleh menjimatkan wang jika dia membawa bekal makanan ke tempat kerja. -Gambar hiasan AI

4. Jejak setiap sen

Dia juga menyimpan semua resit perbelanjaan supaya mudah untuk menjejaki semua duitnya yang sudah digunakan.

5. Pendapatan sampingan

Gadis itu berpendapat seseorang juga perlu mencari pendapatan sampingan yang sekurang-kurangnya boleh menjana sekitar RM500 sebulan.

Namun apa yang memudahkannya untuk menabung, gadis itu mendedahkan dia masih tinggal bersama keluarganya.

"Ini cara saya saving empat angka setahun. Kena rancang, kena ada disiplin dan kena bertindak. 

"Saya duduk di Kuala Lumpur, menetap dengan keluarga," kongsinya di Threads.

Artikel Lain