suria

Dulu Walid, sekarang Habib pula… Babak minum air basuhan kaki Aqasha undang kontroversi

Watak Hambali yang dibawakan oleh Aqasha menerima pelbagai reaksi penonton.

DRAMA bersiri Walid terus mencetuskan perhatian penonton serta perdebatan dalam kalangan netizen susulan beberapa babak kontroversi yang dipaparkan.

Jika sebelum ini watak Walid lakonan Faizal Hussein menjadi perbualan ramai, kini tumpuan beralih kepada Aqasha yang memegang watak Habib dalam drama tersebut.

Perbincangan hangat itu timbul selepas beberapa adegan yang dianggap keterlaluan dan tidak sensitif kembali tular di media sosial, lebih-lebih lagi apabila ditayangkan pada bulan Ramadan.

Antara babak yang mencetuskan reaksi penonton adalah adegan memaparkan ajaran sesat yang dibawa oleh watak Habib sehingga meminta beberapa pengikutnya meminum air basuhan kakinya sebagai tanda ketaatan.

Antara babak drama Walid yang dianggap keterlaluan.

Antara babak drama Walid yang dianggap keterlaluan.

Adegan tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, ada yang mengkritik kerana dianggap melampau, manakala sebahagian lain berpendapat ia memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya ajaran sesat.

“Bulan Ramadan ini, kenapalah tular semula babak-babak macam ini. 

“Tak fahamlah kenapa perlu buat cerita macam ini. Risau ada yang ikut nanti. 

“Tapi ada baiknya juga, supaya orang tahu yang ajaran sesat ini macam mana,” tulis netizen. 

 

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk Aqasha kena kecam isu Blockout, nasihat netizen jaga lidah - “Jangan mendahului kerja Tuhan”

ARTIKEL BERKAITAN: Watak ‘Walid’ meledak hingga ke Indonesia, ramai DM Faizal Hussein untuk ajak berkahwin

Malah ada yang berseloroh mengatakan perhatian yang sebelum ini tertumpu kepada watak Walid kini beralih kepada Habib.

“Kalau dulu Walid, sekarang ini Aqasha pula yang viral! Dahlah hensem,” komen seorang netizen.

Sementara itu, Aqasha ketika ditemui sebelum ini berkata dia terbuka menerima sebarang kritikan daripada penonton, selagi disampaikan secara berhemah dan bersifat membina.

Aqasha terbuka menerima sebarang kritikan daripada penonton.

Aqasha terbuka menerima sebarang kritikan daripada penonton.

“Sebagai pelakon, saya tidak boleh menolak maklum balas negatif kerana ia membantu saya memperbaiki mutu lakonan.

“Cuma saya berharap pandangan yang diberikan tidak terlalu ekstrem atau bersifat taksub.

“Tidak mengapa jika kita berbeza pandangan iaitu setuju untuk tidak bersetuju. Yang penting mesej yang cuba disampaikan dalam naskhah ini sampai kepada masyarakat,” katanya.

Untuk info Walid kini boleh distrim di Viu Malaysia setiap Khamis dan Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain